SiLa SoKonG SaYa!!! cLicK !!!!

SeBeLuM BaCa PleASE ClIcK!!!

Monday, May 11, 2009

SyukuR Kepada Tuhan Maha Esa!!!!

Alhamdullilah...syukur kepada Tuhan..

Ibuku...Pn Normah Sudah keluar daripada hospital selepas menjalani operation daripada 25 April -11 Mei 2009.Semoga kesihatan mak akan pulih seperti biasa..Insyallah..

Hari ini,aku seperti biasa...agak busy menjawab surat-surat rasmi berkenaan Unit Selenggara Bangunan...aku habiskan separuh masa aku dengan menaip/reply surat utk tugasan rasmi.Hari ini juga Unit,aku menerima seorang Practical Trainee daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).namanya Haziq umur 21 tahun..ermm sebaya dengan adikku Hanafi.budak Diploma berasal daripada Kulim.First day dia dalam unit aku,cian juga aku tengok...tidak tentu arah aku tengok...hehe.sampai ikan-ikan dalam kolam depan unit aku tuh pun dia layan...hahaha.Sowila hari ini aku busy skit...aku terpaksa pergi KOMTAR, SPRM dan Dewan Undangan Negeri.ada hal perlu setle.Selepas selesai urusan formal aku tuh,aku tgk Haziq ini penuh kebosanan..yela bdk baru masuk praktikal penuh dengan cahaya semangat untuk berkerja..ermmm semangat itu teringat time aku praktikal pada tahun 2006 dengan sahabatku ZulKola...kami praktikal dekat Hicom-Honda Manufacturing Sdn.Bhd. Sg Petani, kiranya kilang ini dekat sangat dengn umah aku...time tuh Kola tumpang umah aku selama 10 minggu.

Pukul 4.30PM aku panggil haziq masuk bilik aku...aku minta dia explain apa yang dia nak belajar dekat unit Selenggara.Dia macam blurr je.So aku ambik pen dan sehelai pen,tu mmg cara aku untuk explain dekat orang...ntah memang terbiasa buat macam tuh.maybe aku nih bukan seorang good presenter sebab tu terpaksa sketch or tulis untuk build up my comfident.Aku explain satu persatu apa yang dia patut tahu...dan aku try bg draf practical training dekat Unit.Wah...terpancar cahaya keseronokan Haziq nih..siap cakap terima kasih En.Hamzi sebab explain dekat dia..ermm sebenarnya aku tahu apa yang dia nak.tapi aku just nak tengok macam dia nak handle situasi time bekerja..Bukan mudah kalau nak dapat ilmu itu kalau kita tidak cari sendiri...mana boleh suap ja...

Untuk tahun ini,aku akan try pertingkatkan kualiti pengurusan budak2 praktikal di bawah JKR CKM.Kalau leh biar diorg dapat feel cara bekerja di gov.Aku kesian juga tengok kebajikan bdk2 praktikal trainee terabai..dan cuba nak elak daripada persepsi orang ramai bahawasanya praktikal di JKR xde apa2 yang leh belajar..ini cuma perancangan aku jer..xtau la berjaya or tidak.yang penting ada perubahan skit.Insyallah...mudah-mudahan aku ada sedikit masa untuk guide bdk-bdk ni.

Penat juga aku di CKM nih...aku ada byk plan perubahan utk CKM...insyallah aku akan move slow2 utk upgrade pengurusan Unit Selenggara.Di gov nih bukan leh buat perubahan besar nanti melompat plak staf2 masalah nih..hehe.lagipun aku xcukup power untuk try ubah dasar underground staf2 nih...tunggu la suatu masa nanti...bila HaMzI SemAkiN DewAsa!!!!

~HaMzY~

p/s: Sowila ejaan silap coz nak cepat2...xcheck pon post nih...mengantuk sangatla...:P

Sunday, May 10, 2009

SeLaMat Hari IbU

Bulan Mei tahun ni cukup bermakna bagiku...tahun ini aku tersedar dengan sangat mendalam tentang pengorbanan seorang ibu merangkap seorang isteri dalam sebuah keluarga..Hari ini aku mengambil kesempatkan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Puan Normah Binti Jusoh.Ibu yang ayong amat sangat sayangi..ayong pohon seribu kemaafan di atas kekasaran dan kesalahan ayong lakukan disedari atau tidak sedari selama mak melahirkan ayong....ayong harap mak dapat kuatkan semangat atas dugaan Allah berikan..memang itu dugaan paling besar mak tempuhi dan harus bersabar.Sebagai seorang anak, ayong berusaha akan menjaga mak dan family ini...berdoa semoga kesihatan mak semakin baik...dan keluar hospital menjalani kehidupan biasa...

Sesungguhnya...tanpa kehadiran mak dalam rumah ...amatla dirasai...hidup kami sebagai anak agak tidak terurus...dan kami akui pengorbanan mak dalam keluarga ini terlalu banyak dan kami sebagai anak tidak dapat menyaingi nya...Hanya Allah sahaja akan dapat menilai...

uNtuk Renungan Bersama...dan Selamat Hari Ibu...




"Mak,Kami Sayang Mak!!!"

~HaMzY~

Saturday, May 2, 2009

KeRja HaKiki Vs KerJa Tai-CHi

Kesibukan Melampau!!!!!!

Itu satu ungkapan yang aku boleh lafazkan sekarang...Sejak aku bergelar Jurutera Kerajaan ini...aku teringat kengkawan batch aku terutama Gaban.Ala kerja gov...leh makan kacang jer...dulu aku ingat macam itu la tetapi ternyata hipotesis itu meleset malah tidak betul..So di sini aku ingin nak betulkan statement korang yg ckp JKR ini bukan "Jangan Kerja Rajin".

Di sini aku ingin terangkaN sedikit istilah-istilah dalam gov.

KeRja Hakiki
Sesuatu kerja atau tanggungjawab yang diberi semasa bertugas dan harus dilaksanakan mengikut ketetapan yang diberikan.

KerJa Tai-CHI.
Membuat kerja bos yang pemalas,dan terpaksa menanggung kerja lain selain kerja hakiki.Erti kata lain..kerja xmau buat tapi suruh orang bwhan yg buat.huhu.

Sejak aku dok Di JKR Penang ini,selain kerja hakiki aku sebagai Ketua Unit Selenggara Bangunan dan Fasiliti.Ini adalahkerja sampingan aku..:

1. Pegawai Pembuka Sebut Harga.(dulu jer tapi sekarang dah masuk Board Sebut Harga)
2. Pegawai Penilai Sebut Harga (Sure Kontraktor berbuat baik dengan aku ni...yela nak tau harga tender or JKR Estimate.Jgn Harapla..)
3. Ketua Kump KMK (Kump Meningkatkan Kualiti)
4. Ahli Lembaga Teknikal PERDA
5. Ketua Unit ICT
6. Pengurus Sukan JKR CKM
7. Pegawai Penilai Teknikal Untuk Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
8. Ntahla dah lupa plak...huhu

SeMakin Hari SeMakIn MeNcaBar!!!

Argh...Dah lama rupanya aku tidak aktif dalam dunia penulisan ini.Maafla kengkawan yang selalo mengikuti coretanhamzy.Terus terang katakan skrg ini , aku terlalu pentingkan kerja sehingga kehidupan aku tidak balance.Ini terjadi apabila salah seorang Senior Mechanical Engineer JKR CKM(Caw.Kejuruteraan Mekanikal),En Yahyatu Nizam telah dinaikkan pangkat ke J44 dan bertukar ke JKR Kedah.Memang sedih gile,beliau ibarat sifu aku...belum sempat aku menimba ilmu lagi..tapi aku sentiasa ingat pesanan beliau kepada aku pada lastday di JKR Penang..

Pada petang itu,aku dengan En.Yahayatu melayan pingpong sepam dkt bilik riadah.Sambil bermain kami diskuss dan share apa2.Untuk info,beginila aku mencari ilmu or menuntut ilmu tentang management,ilmu technical,masalah2 di tempat site,mcmna nak handle staf yang beso kpala..tua dan lain2..

En.Yahyatu : Hamzi,ingat pesan saya...kamu xboleh beli or harap respect daripada staf kamu!Kamu perlu beri respect kamu dkt depa,therefore kamu boleh dapat komitmen daripada diorg.Percayalah...

Hamzy : Adus, susahla mcm nih...kalo En.Ya (panggilan manja) xda mcmna saya nk survive ni!!!

En.Yahyatu : Saya percaya kamu boleh adapt ini..kamu cepat adapt di sini...

Hamzy : tapi....ermmm...xbolehla....ilmu xcukup lagi...gov ni pekeliling banyak sangat nak kena follow..tapi kerja kena laksana...susahla En Ya xda..sapa nak guide saya nih...

En.Yahyatu : Mesti boleh punya...kamu ini kump P&P (Pengurusan dan Profesional).Ingat hamzy,jgn terlalu jump to conclusion...beri masa nak cari solution.Kamu di JKR Negeri xsama dengan JKR Federal..dkt sini semua kamu kena handle dan buat...pesan saya untuk hendak jadi seorang bos yang baik,kamu perlu kenal staf kamu...bukan sekadar nama atau jawatan..kalo leh kena tahu sampai berapa anak dia ada...dia suka apa...so nanti kamu xla discuss pasal kerja kalo berborak..Ini pesanan Bos saya dulu time di KL,so saya turun nasihat ini dekat kamu...

Errrmm..tu je yang aku teringat,lain2 dah lupa sebab dok layan main pingpong.hehehe.Anyway,aku ucapkan sekalung penghargaan kepada EN.YahYatu Nizam atas perlantikan beliau..aku akui mmg JKR Penang kehilangan Staf yang berdedikasi tapi semua kena akur ini adalah Career Development beliau.Semoga beliau selesa di tempat yang baru dengan suasana yang baru.

Monday, March 2, 2009

YeaH!!!DaH TeRiMa GaJI...

Salam Kengkawan,

Wah agak lama aku tidak berkarya kan?hehe.Hari ini aku gembira bila kesengsaraan aku telah berkurang.Apa dia ye?Alhamdulilah,aku dah dapat gaji aku..alangkah gembiranya apabila aku pergi ke bank untuk check member2 aku transfer duit untuk hadiah sahabat baikku Radzlan.Terkejut juga ada RM5+++.00 sedangkan account semasa aku tinggal RM20.00 jer.hehe.Apa lagi aku kluarkan RM700.00 dan bayar hutang mak aku dan bagi elaun kepada kedua ibubapa aku.Ni rezeki anakmu yg makabah besarkan...berjaya juga akhirnya...

Bulan Mac ini adalah cuti penggal sekolah,mesti ramai sahabat-sahabatku akan mendirikan rumahtangga.Tahniah kepada sahabatku Siti Zubaidah (EJ~KMPP) - 7/03/09 dan Nor Radzlan (UTM) 18/03/09 bersama pasangan masing-masing.Insyallah kalau aku ada kelapangan masa akan aku hadirkan diri untuk memeriahkan hari bahagia korang.

Kepada geng2 UTM,

Aku melantik sendiri diri aku untuk menjadi wakil beli hadiah untuk majlis kenduri Radzlan.Melalui servey yang dibuat,tarikh kenduri itu kebanyakkan kita tidak dapat meluangkan masa ke majlis itu.Dengan itu,sesiapa yang berniat untuk berkongsi hadiah secara pukal boleh mengtransferkan duit anda ke dalam akuan yang tertera di bawah.Untuk makluman sumbangan minima adalah RM10 dan ke atas sahaja.Ini maklumat akuan :

1. MAYBANK - 159012793951
2. CIMB - 02140063535528

Sesiapa yang sudah transfer sila sms or call aku untuk pengesahan.Kepada En.Radzlan, aku rasa terpaksa aku datang awal sebab berkemungkinan besar aku tidak dapat hadir ke majlis anda.Ini disebabkan urusan kerja dan aku ada training sepanjang minggu itu di Shah Alam. Mohon keampunan banyak2.


~HaMzY~

Thursday, February 5, 2009

Tentang Gaji dan Perbelanjaan anda


Tentang Gaji dan Perbelanjaan Anda
Oleh Yuzairi Yunus
Saya sempat membaca sebahagian komen dan pandangan yang diberikan oleh member2 SIM tentang pengurusan kewangan masing-masing. Izinkan saya berkongsi pandangan dan idea untuk kebaikan bersama.
Tentang Duit Untuk Ibubapa
Memang duit untuk ibubapa adalah sangat penting, sebagai tanda penghargaan anak kepada ibubapa mereka, disamping membantu mereka menampung kos kehidupan yang semakin mahal dari tahun ke tahun.
Tak kira samada ibubapa kita sudah berduit atau tidak, memberi duit sara hidup akan membuat ibubapa kita gembira dan bersyukur dengan sikap anak yang sentiasa ingatkan mereka.
Cuma cadangan saya, jangan sekadar nampak duit sarahidup bulanan ini sahaja. Kalau boleh, belikan ibubapa anda “medical kad” (insurans perubatan) sekirannya keadaan kesihatan mereka masih mengizinkan, agar kebajikan mereka di hari tua, lebih terjaga.
Maklum sajalah, kos rawatan hospital makin mahal. Nak masuk hospital kerajaan, hanya kes yang kritikal sahaja akan diterima masuk (sebab terlalu ramai orang nak masuk). Nak tak nak, kena masuk hospital swasta jugak agar ibubapa mendapat perhatian dan rawatan yang sewajarnya.
Bila ibubapa kita sakit, sebagai anak, kita jugak yang kena membantu. Dibuatnya kena bayar rm20,000-rm30, 000, mahu terkejut jugak dibuatnya. Dengan adanya medical kad, sekurang kurangnya, sykt insurans boleh tolong bayarkan bil hospital tersebut.
Kalau nak maklumat lanjut tentang medical kad, boleh hubungi saya nanti.
Tentang Menyimpan Untuk Masa Depan
Tak dinafikan, untuk memenuhi keperluan masa depan seperti persaraan atau pendidikan universiti anak, kita perlu membuat simpanan mulai sekarang, dan bukannya bertangguh sampai dah nak pakai duit.
Bab menyimpan ini ada diterangkan dalam Al-Quran Surah Yusuf yang bermaksud - “Hasil tuaian 7 tahun yang baik, perlu disimpan untuk kegunaan 7 tahun akan datang yang teruk”.
Dalam erti kata lain, ketika berduit, ada sumber pendapatan seperti sekaranglah, anda perlu menyimpan sebahagian rezeki tersebut untuk kegunaan ketika terdesak di masa akan datang.
Maknanya, kalau anda bekerja dari umur 25 tahun hingga 55 tahun (30 tahun), anda perlu simpan sebahagian pendapatan anda untuk kehidupan lepas bersara 30 tahun akan datang (hingga umur 85 tahun). Cuba anda bayangkan sendiri, kalau sekarang takde gaji 1 bulan pun dah mengeluh, apatah lagi nak hidup 30 tahun lepas bersara tanpa gaji? Bolehkah anda survive?
Kalau gaji anda RM 2,500 sebulan, RM30,000 setahun. Bekerja 30 tahun, akan membawa pendapatan RM1 juta termasuk kenaikan gaji, bonus dan over-time. Dari pendapatan RM 1juta sepanjang 30 tahun bekerja, berapa banyak yang anda bawa sebagai bekalan hari tua anda (untuk hidup lepas bersara selama 30 tahun lagi)? Pernahkah anda terfikir tentang kehidupan masa depan anda?
Tentang Tak Boleh Menyimpan
Setiap orang yang ada sumber pendapatan sebenarnya mampu untuk menyimpan. Yang buat mereka tak mampu menyimpan walaupun bergaji, adalah disebabkan sikap dan cara pengurusan kewangan mereka sendiri.
Selama ni, mereka dok fikir, belanja dulu dan lihat berapa baki untuk disimpan. Kalau ada lebih, boleh la simpan. Kalau takde, tak menyimpan. Kalau tak cukup, cari loan atau kad kredit pulak, tambah hutang! Janji belanja bulanan tetap ditunaikan walaupun over bajet.
Mulai hari ni, cuba UBAH SIKAP anda. Setiap kali dapat gaji, simpan dulu sebahagian gaji sebagai simpanan masa depan anda. Yang selebihnya baru belanja. Kalau duit nak belanja tak cukup, cuba adjust perbelanjaan anda. Kurangkan mana perbelanjaan yang tak penting!
Kalau tak cukup jugak duit untuk berbelanja (selepas dah simpan bulanan), cuba cari income tambahan. Jangan fikir short-cut, bila duit tak cukup nak belanja, balik-balik cari personal loan atau kad kredit. Sekarang ni, tambah pulak berhutang dengan overdraf lagik. Bukannya nak usaha lebih sikit cari wang tambahan. Nak cari peluang pulak, yang mudah, yang boleh beri pulangan berlipat ganda tanpa buat apa-apa, tanpa menjual, tanpa cari orang, tanpa angkat bontot ke sana ke sini. Kalau macam ni lah sikap anda, macam mana nak ada kemajuan dalam kehidupan anda sendiri?
Tentang dulu & sekarang
Oleh kerana setiap individu itu adalah berlainan, saya percaya keperluan dan keadaan kewangan masing-masing juga berbeza. Kita tak boleh nak samakan seorang yang hidup di bandar dan sorang di kampung, walaupun income mereka sama 2,000 sebulan. Dan kita juga tak boleh nak assume, hanya kerana seseorang itu tight budget atau tak cukup gaji bulanan, dia adalah seorang yang boros dan suka berbelanja lebih dari kemampuannya.
Sebagai contoh, puan A simpan RM100 sebulan untuk pendidikan universiti anaknya. Dia simpan sejak tahun 1985 lagi. Selepas 20 tahun (2005) anaknya masuk universiti, duit tabungan anak ada lebih kurang RM28,000. Cukup untuk masuk IPT awam, tanpa guna loan PeterPan.
Puan B yang rasa teruja dengan pengalaman puan A, pun mengikut cara yang sama. Maklumlah Puan A lebih senior dari dia. Dia ibu muda, baru ada anak Jan 2008 lepas. Dia pun mula simpan RM100 sebulan untuk anaknya.
Tapi adakah RM100 sebulan itu cukup untuk pendidikan universiti anaknya?
Kalau simpan dari tahun 1985 dulu, ya ianya cukup sebab kos ipt awam sekarang (tahun 2006) lebih kurang RM28,000 untuk 4 tahun kursus (termasuk kos sara hidup & yuran pengajian).
Tapi untuk kos IPT awam 20 tahun akan datang (2028), kos ipt awam RM28,000 ini akan naik menjadi lebih RM 56,000 kerana inflasi. Men yimpan RM100 sebulan hanya boleh menjana tabung RM28,000. Terpaksa pinjam loan peterpan pulak lagi separuh. Sepatutnya, Puan B kenalah menyimpan RM200 sebulan kalau nak sediakan tabung RM56,000, dan bukannya RM100 sebulan, tiru bulat-bulat.
Bila menyimpan, PASTIKAN ANDA MENYIMPAN DALAM KADAR CARUMAN YANG BETUL agar matlamat dapat dicapai.
Tentang menyimpan melalui ASB loan
Setengah orang, bila nak disuruh menyimpan, macam macam alasan dia berikan. Susah nak berdisiplin. Kalau menyimpan dengan cara berhutang seperti ASB loan ni, lebih baik sebab kita macam terpaksa bayar loan tiap-tiap bulan.
Sebenarnya ini hanyalah isu sikap peribadi anda saja. Cuba amalkan menyimpan dulu sebelum berbelanja. Insya-Allah simpanan akan terhasil. Kalau kurang berdisiplin, buat potongan gaji atau autodebit. Masuk ASB atau unit trust / investment-linked funds agar dapat pulangan yang setimpal. Itulah yang saya buat sekarang, setiap bulan income saya dah potong awal-awal untuk simpanan dan insurans keluarga. Jadi bila dapat duit, duit tu bersih untuk buat apa saja.
Cuma samada simpan melalui ASB loan itu menguntungkan, itu terpulang kepada diri masing-masing, bagaimana anda melihatnya. Pada saya, secara peribadi, simpan melalui ASB loan tak menguntungkan sebab dividen kita habis dihakis oleh interest bank. Bila BLR naik, silap silap dividen asb pun tak dapat nak cover interest bank.
Memanglah staff bank iklan best-best, ambil asb loan RM100,000 untuk 20 tahun, dapat dividen penuh 8% setahun bulat-bulat! Tapi ramai orang terlupa, dividen tu awal januari tahun depan baru dapat. Sekarang ni, anda dok bayar interest kat bank from jan to disember.
Ingatkan boleh “buat duit” tanpa guna modal sendiri, guna duit bank. Rupa-rupanya bank yang buat duit, guna nama kita untuk invest dalam ASB (the safest investment of all). Sebab bank pinjamkan RM100,000, dia akan dapat balik RM100,000 (sebab anda kena ganti balik). Tambahan dari itu, dapat interest dalam RM78,000 lagi (jika interest 6.5% setahun), dikorek dari dividen ASB kita. Kita untung sikit. Recommend kawan pun, bukan dapat apa-apa dari bank. Kita je yang cerita punya-lah gah, kononnya akan jadi kaya 20 tahun lagik!
Tentang gaji anda
Bila cakap pasal gaji dan apa yang kita buat dengan gaji kita setiap bulan, memang seronok. Lebih-lebih lagi bila dapat simpan sebahagian besar (lebih 50%) dari gaji kita. Fuhhh rasa macam dunia ni aku yang punya!!
Semua orang tahu gaji ni sangat sangat penting dalam kehidupan mereka. Tapi bila saya tanya setengah orang (dah memang kerja saya sebagai penasihat khidmat kewangan) samada mereka :-
1 - Boleh hidup kalau majikan tak bayar gaji 6 bulan?
2 - Boleh hidup kalau majikan tak bayar gaji selama-lamanya?
Mereka semua mengeluh. Kalau bulan ni majikan tak bayar gaji pun, dah menggelupur, apatah lagi 6 bulan tak bayar gaji? kata mereka.
Habis, apa yang you all semua dah buat untuk protect income anda itu? tanya saya lagi…
Tahukah anda, ada 4 perkara yang boleh menyebabkan anda kehilangan gaji bulanan anda, iaitu
1 - Lumpuh keseluruhan akibat penyakit
2 - Sakit kritikal yang berpanjangan
3 - Kemalangan yang teruk
4 - Meninggal dunia awal sebelum bersara
4 perkara ini kalau tak ditangani dengan betul, boleh menyebabkan financial disaster kepada sesebuah keluarga. Nak kerja, tapi dah tak berupaya langsung sebab 4 perkara di atas. Majikan pun tak nak simpan lama-lama, silap silap anda kena terminate terus dan tak boleh cari kerja lagi.
Kebanyakan orang terdiam bila bab ini. Ada saving pun, mungkin boleh bertahan sampai 3 bulan saja kot. Yang ada ambil insurans, sekadar beli tanpa usul periksa. Takde buat perancangan langsung bila beli insurans. Yang dia fikir, berapa yang dia perlu bayar untuk insurans. Lagi murah lagi bagus. Murah itu adalah yang terbaik, sangkaannya. Janji aku ada insurans dah!! Itu saja dia fikir.
Sepatutnya, bila beli insurans tu, anda kena pastikan samada anda sudah menutup punca financial disaster seperti 4 perkara di atas. Bukan beli sekadar ada saja. Kalau gaji RM 50,000 sebulan, ambil insurans coverage RM50,000, adakah ia dapat menyelesaikan masalah kehilangan gaji anda?
Insurans anda hanya boleh cover 1 tahun perbelanjaan saja.
Cubalah beli insurans RM500,000 ke, sekurang kurangnya kalau kita lumpuh sekalipun, duit tersebut boleh dilaburkan untuk menjana dividen setiap tahun. Kalau pulangan dividen 10%, anda dapat hidup dengan dividen RM50,000 saja, tanpa usik pelaburan pokok tadi. Kan dapat ganti-semula gaji yang hilang?
Beli insurans jenis perlindungan kewangan, berbanding pelan jenis simpanan. Pelan perlindungan ni, bayar murah, dapat perlindungan kewangan tinggi. Contoh bayar RM 250 sebulan, umur 35 tahun, boleh dapat coverage mati / lumpuh RM 500,000 dah, diikuti dengan RM50,000 penyakit kritikal (cover 1 tahun gaji), khairat kematian RM7,000 (untuk belanja kebumi dan upah haji) serta caruman menjadi percuma kalau menghidap sakit kritikal. RM250 sebulan ni, baru 6% saja dari gaji RM50,000 setahun.
Mencarum 6% dari gaji tahunan ke dalam insurans perlindungan gaji tidak akan membuat anda jatuh miskin pun. Sebaliknya TAK MENCARUM 6% ini boleh menyebabkan anda KEHILANGAN 100% GAJI ANDA bila berlaku 4 perkara di atas. Jadi, anda nak hilang 6% atau 100% gaji anda?
Tentang mana lebih penting - insurans sendiri atau pendidikan anak?
Bila sebut pasal perancangan insurans, ramai orang lebih mengutamakan pelan pendidikan anak berbanding pelan insurans untuk diri sendiri (untuk pencari nafkah). Kononnya kerana sangat sayangkan anak!
Tapi kalau anda fikir betul-betul, insurans pendidikan hanya akan menyediakan tabung pendidikan selepas tempoh matang (contoh selepas 20 tahun). Bila matang, anak anda ada duit tabungan untuk sambung belajar.
Sepanjang 20 tahun, menanti nak masuk universiti, anak anda nak makan apa kalau anda sudah tiada dan gaji anda turut hilang sama? Takkan nak campak anak anda tu kena rumah anak yatim? Rumah anak yatim pun terkial-kial (maaf kalau tersinggung) nak cari duit derma untuk tampung keperluan harian anak-anak yatim. Silap-silap anak anda itu, disuruh pungut derma depan bank-bank tiap tiap bulan.
Semuanya kerana anda “terlupa” nak beli insurans untuk diri sendiri.
Sepatutnya, sebelum beli insurans pendidikan anak, BELILAH INSURANS UNTUK PERLINDUNGAN GAJI ANDA TERLEBIH DAHULU.
Sekurang kurangnya, kalau jadi berlaku apa-apa kat diri anda (sakit kritikal ke, lumpuh keseluruhan ke, meninggal awal ke), anak-anak ada duit sara hidup. Beli lah coverage tinggi sikit macam RM500,000 ke. Barulah dapat tampung keperluan masa depan anak dan tabung pendidikan mereka sekali-gus.
Itulah perancangan insurans yang betul. Bukan main beli saja insurans.
Tentang cari duit lebih
Banyak peluang yang tersedia di luar sana tu. Bezanya, samada peluang tersebut legal & sah disisi undang2 atau sebaliknya. Yang penting, kalau anda nak cari duit lebih, kenalah usaha sungguh2. Jangan usaha sambil lewa saja dan tak serius. Kena jujur & berlaku adil pada diri sendiri.
Kalau dah jumpa peluang yang sesuai dengan naluri hati dan mampu dilakukan (walaupun pada awalnya nampak macam susah sikit), fokus betul betul dan buat yang terbaik. Jangan dok fikir lama-lama atau dok buat “kajian” tak habis-habis 4-5 tahun.
5 tahun dulu, saya ada ajak kawan join buat bisnes macam saya, jual insurans. Memang selama ni pun, dia dok tanya apa peluang bisnes bagus masa tu untuk dia buat duit? Dengar saja insurans, kawan saya pun dok mengeluh dan beri macam macam alasan. Dia kata insurans ni bisnes dah basi dah! Kalau boleh ,dia nak idea bisnes yang canggih-canggih.
Of course, idea bisnes nak jual insurans ni langsung tak melekat kat dia. Dia sangka nak bisnes, kena ada idea canggih, ada modal besar, baru best! Jenuh dia kaji macam macam peluang. Dari MLM, pelaburan internet dan sebagainya. Tak jugak buat apa-apa bisnes sampai la ni. Habis masa 5 tahun dok “buat kajian je” kononnya nak fikir dulu!
Last-last dia cakap kat saya, 4 tahun dulu, dia buat keputusan ambil ASB loan saja. Kononnya boleh untung besar, guna modal bank buat duit. Dulu BLR 6% + 0.3% setahun, interest ASB loan dia 6.3% setahun. Sekarang BLR dah naik kpd 6.75%, interest ASB loan dia jadi 6.75% + 0.3% = 7.05% setahun. Dah hampir sama dengan dividen ASB je.
Dia cakap, tahun pertama je dia bayar penuh. Tahun kedua sampai tahun ke 20, dia bayar sikit je sebab guna dividen ASB untuk bayar loan. Lepas 20 tahun nanti, dapatlah RM100,000 tu. Kaya lah aku nanti, katanya.
Saya cakap kat dia, kalau dia buat insurans macam saya 5 tahun lepas, dia dah boleh buat duit lebih banyak dari tu. Saya beritahu dia, hasil komisyen saya jual insurans saja sepanjang 5 tahun lepas, hampir mencecah RM350,000 dah. Tak payah tunggu sampai 20 tahun pun, dah buat duit berlipat-ganda dari ASB loan dia. Idea bisnes paling basi ni lah yang bantu saya buat duit selama ni. Hahhhh?? Terkejut besar dia.
Yang penting, bila kita ada peluang, buatlah bisnes tu sungguh-sungguh. Fokus dan usaha tanpa putus asa. Itulah rahsia saya selama ni. Maklumlah jual insurans ni, banyak betul rintangan dan kerenah manusia yang saya terpaksa lalui. Jual pulak insurans konvensional pulak tu. Lagi lah banyak rejection dan arguments. Tapi saya dah buktikan, saya boleh buat bisnes ni sebaik mungkin kalau saya benar benar serius ingin melakukannya.
Tentang ilmu kewangan & peluang bisnes
Cuba luangkan masa anda untuk pelajari ilmu pengurusan kewangan yang betul agar anda dapat merancang masa depan yang lebih baik dari sekarang. Dari ilmu yang anda perolehi itu, cuba janakan pendapatan dari ilmu tersebut. Peluang sentiasa ada di mana mana.


Simpan 10% untuk melindungi 100%

Salam kengkawan,

Artikel di bawah aku sudah baca.dan aku berpendapat korang patut merancang masa depan korang.


Simpan 10% untuk melindungi 100%

Oleh Yuzairi Yunus

Simpan sedikit - sedikit lama - lama jadi bukit. Perumpamaan ini telah menjadi darah daging dalam masyarakat Malaysia dalam mendidik tabiat suka menyimpan dari kecil. Mengikut pengarang buku ‘ The Richest Man in Babylon ‘ , beliau menyarankan agar anda menyimpan 10% setiap kali anda menerima gaji / wang. Hikmah disebalik saranan ini adalah, wang simpanan anda akan berkembang dalam jangka masa panjang.

Saranan ini memang masih boleh diguna pakai dalam zaman melenium ini. Persoalannya sekarang adalah, di mana anda perlu menyimpan ? Di rumah kah ? Di bank kah? ASB kah ? Banyak pilihan dan setiap instrumen kewangan memberikan faedah tertentu kepada para penyimpan.

Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di ASB, maka sudah tentu dalam tempoh 20 tahun akan datang anda akan mempunyai satu jumlah wang yang sangat besar. Jika anda menyimpan 10% di bank, anda masih perolehi wang yang banyak dalam tempoh 20 tahun, tetapi kurang dari apa yang diperolehi di ASB, kerana pulangan yang diberikan di ASB adalah lebih tinggi berbanding bank simpanan.

Cuma masalahnya adalah, simpanan anda di ASB atau bank, tidak memberi jaminan dimana simpanan anda akan berterusan sehingga 20 atau 30 tahun akan datang. Jaminan apa ? Jaminan di mana anda akan tetap menyimpan secara tetap setiap bulan di ASB / bank sehingga 20 tahun akan datang. Secara logiknya, selagi anda mampu bekerja, anda akan mampu menyimpan 10% gaji anda di ASB / bank. Itu kalau anda masih bekerja. Tetapi…

Tetapi, jika anda sudah tidak mampu bekerja, mampukah anda menyimpan 10% gaji anda setiap bulan ? Kenapa tidak, selagi anda mampu bekerja anda mampu menyimpan. Apa sebabnya yang anda tidak mampu bekerja ? Majikan gulung tikar ? Cari majikan lain. Kos kenaikan bahan api / perbelanjaan harian ? Jimat dan potong perbelanjaan yang tidak perlu..nak anda masih boleh mengekalkan simpanan anda 10% setiap bulan. Apa lagi yang tak kena ?

Sedar atau tidak, setiap manusia/keluarga akan menglami suatu peristiwa besar dalam kehidupan mereka iaitu KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN AKIBAT RISIKO KEHIDUPAN. Apa risiko kehidupan itu ? Ya, meninggal dunia, lumpuh akibat penyakit / kemalangan, dan menderita penyakit kritikal. Inilah risiko kehidupan yang akan membuatkan anda tidak mampu bekerja selamanya. Jadi, mampukah anda mengekalkan simpanan 10% gaji anda setiap bulan ? Bagaimana mungkin, perbelanjaan sara hidup keluarga, perbelanjaan rumah / kereta, perbelanjaan sekolah anak - anak, simpanan persaraan, perbelanjaan perubatan, wang saku kepada ibu bapa - AKAH HILANG SELAMANYA.

75% pesakit kanser tidak tahu mereka mengidap kanser sehingga stage 4 ( peringkat terakhir ), kematian akibat kemalangan setiap tahun menjangkau 4 angka setiap tahun..ribuan angka serangan strok yang mengakibatkan lumpuh kekal…RIBUAN keluarga hilang tempat bergantung dan hilang PUNCA PENDAPATAN dalam sekelip mata…anda sendiri pasti terbaca kejadian seumpama ini di dalam akhbar harian..pasti berlaku setiap hari…

Cuma kita tidak tahu..bila giliran kita akan tiba…

Maka dengan itu, simpan 10% gaji anda ditempat yang betul dan tepat yang dapat memberikan manfaat kewangan berganda kepada anda. Simpan 10% gaji/sebulan, yang dapat melindungi dan membekalkan 100% dari gaji anda kepada keluarga selama 20 - 30 tahun, sekiranya anda tidak mampu lagi bekerja akibat meninggal dunia / lumpuh kekal.

Apabila pencari nafkah meninggal dunia, masalah yang akan dihadapi adalah :

1. Belanja Pengebumian Jenazah ( dalam kes meninggal dunia ).
2. Wang sara hidup sementara menunggu surat tadbir kuasa. ( dalam kes
meninggal dunia ) Walau pun si suami meninggalkan wang dalam
bank /KWSP/ ASB, ia mengambil masa beberapa bulan untuk mendapat hak mengambil wang tersebut. Anda perlu menunjukkan
dokumen2 yang kadang kala tidak masuk akal bagi membuktikan status pewaris.
3. Wang sara hidup untuk 20 - 30 tahun akan datang. PENTING!!!
4. Masalah hutang kepada manusia ( bank ) / Allah ( hutang zakat )
5. Wang pendidikan masa depan anak
6. Simpanan Persaraan ( Hari Tua )

Bagaimana melindungi 100% gaji anda dengan simpanan 10%?
Jika anda bergaji RM 30 000 setahun, dengan menyimpan 10% gaji, faedah kewangan yang akan anda perolehi adalah :

1. RM 2000 diberi sebagai belanja pengebumian. Ini dipanggil sebagai
khairat kematian
2. RM 5000 diberi sebagai upah haji / wang sara hidup sementara mendapat
claim insurans / surat hak tadbir kuasa
3. RM 300 000 diberi jika meninggal dunia. Wang in adalah di sebut
sebagai warisan gaji. Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan
pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 30 ribu setahun selama mana anda
hidup. Modal masih belum terusik. Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
4. RM 300 000 jika lumpuh kekal keseluruhan. Wang ini adalah disebut
sebagai warisan gaji.Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan
pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 30 ribu setahun selama mana anda
hidup. Modal masih belum terusik. Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
5. RM 50 000 diberi jika anda disah menghidap penyakit kritikal. Wang
ini sebagai wang pemulihan. Apabila mengidap penyakit kronik, anda
mungkin memerlukan 3 bulan - 2 tahun untuk memulihkan kembali penyakit
tersebut, sebelum anda boleh sambung bekerja. Duit ini adalah sebagai
wang sokongan semasa dalam pemulihan. Pelaburan bulanan akan diteruskan
secara PERCUMA sehingga anda berumur 80 tahun.
6. Simpanan Hari Tua, jika tiada tuntutan besar dibuat. Pelaburan ini
adalah pelaburan berlandas Syariah dengan pulangan purata 9 % setahun.

Dengan tindakan anda menyimpan 10% gaji di tempat yang tepat yang memberikan manfaat kewangan yang maksimum, anda telah menjaga kebajikan kelurga anda dari bencana kewangan, sekiranya anda tidak mampu bekerja lagi.


PenGalaMan Tak Ku SanGka!!

Pagi ini 1130AM,sahabat lamaku,(bdk Mad Gwar) saudara Rifae Ahmad call aku,dia berada dkt JKR Daerah Timur Laut(DTL),so aku suruh dia datang office aku coz mmg dekat.lagipun aku dah lama xjumpa dia sejak dia berumahtangga dgn syu(refer pic kawin).hehe.berborak sakanla kami coz dia skrg Engineer TNB mmg masyukla dgn JKR.selalu bergado dalam meeting.hehe.ingat nak ajak dia kluar minum2 tapi memandangkan aku ni dalam 'pantang' (lum comfirm jawatan lagi) aku xlehla.huhu.sebulan pun lum cukup nak curi2 masa.haha.Anyway aku minta maafla kepada Pae..sowi bro!!!nanti kita setup lain..aku open table.hehe

Aku lunch seperti biasa di warung Jalan Sg Pinang.Then ada masa skit aku pergila masjid berhampiran iaitu Masjid Rawana dkt Jalan P.Ramlee.Aku sampai awal so lepak2 dkt luar masjid coz azan lum kumandang lagi.tengok jalan busy gilo.Tiba2 aku terlihat,ada seorang lelaki tua berumur lebih 65 Tahun nak melintas jalan sambil membawa payung..dia bejalan agak perlahan2..sampai kena keta xhenti2 dok hon2 dia.Cian plak aku rasa..huhu.apa lagi aku..melihat kejadian itu aku pergila menghulur bantuan sambil menahan kereta berhenti.aku memegang tangan dia dan memimpin dia ke seberang jalan(aku rasa dia nak pergi masjid jg coz dia berpakaian solat).Fuh..SELAMAT!!Setelah sampai di bahu jalan,pastu orang tua tu berkata sesuatu kepadaku..aku kurang jelas,dia ckp pelahan dan jalan bising sangat..so aku menghampiri dia dan bertanya "Pakcik..pakcik ok?apa pakcik cakap tadi?saya xdengarla..".Then dia ckp "Nak duit RM2...".terkejut beruk gilo..aku tolong dia pastu kena paw plak..aku ingat dia ckp terima kasih..huhu..haram btui...hehe.

Sebelah petangnya,aku mengajak Technian aku..En.Samad pergi jumpa kontraktor coz aku nak berkenalan dgn diorg..kami jumpa di KD Sri Pinang.


KD SRI PINANG merupakan sebuah Pusat Latihan untuk anggota-anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), bertempat di Negeri Pulau Pinang. Aktiviti utama yang dijalankan ialah melatih anggota-anggota simpanan yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat mengikut kepakaran masing-masing dan juga menyediakan ujian dan latihan lanjutan untuk kenaikan pangkat. Selain aktiviti utama tersebut, latihan kawad, latihan jasmani, bersukan, menembak, belayar, berakit, khemah tahunan, ekspidisi dan aktiviti luar juga dilakukan setiap tahun.
Di KD SRI PINANG menyediakan kepada anggotanya kepakaran seperti berikut :

        a) Peperangan Paras Permukaan (PPP)
        b) Teknikal Merin Kuasagerak (TMK)
        c) Semboyan / Komunikasi Radio (KMR)
        d) Kerani Am (KNA)

Kami janji pkl 230PM,tapi kami sampai pkl 3.30PM.hehe.berani depa nak marah aku..senyum jer adalah...hahaha.So aku berkenalan dengan Managing Director,En Yusof.Aku semak kerja depa lakukan berdasarkan amaunt/sebut harga dia bagi..aku rasa xda apa yg meragui.Alhamdulliah.lehla aku signature.tapi aku mention srh depa cat skit selepas depa welding tempat yg crack tuh.bagi memudahkan aku...aku minta price list utk barangan/kerja utk aku buat referance utk bandingkan dgn kontraktor lain.nanti lehla aku tracking penipuan.hehe


~HaMZy~

Wednesday, February 4, 2009

MonThLY MorNinG MEeting!!!

Pada pagi ini,aku datang awal keja coz ptg semalam Bos aku hantar message kena attend Monthy Morning Meeting bersama Pengarah JKR Penang.setiba aku sampai office aku terus mencari Mr.Loga (pemandu).Mr Loga adalah pemandu bahagian aku(Penyelenggara).Its mean aku dah ada driver sekarang.hehe.Tepat pkl 8.30AM aku bersama Pn.Suraya terpacak di KOMTAR,Level 5 dkt Auditorium A.ermmm tengok macam xda org mai lagi kot..lagipun pintu kunci dan xda org pon.kiranya awal kot kami nih...5minit kami tunggu datangla En. Yahayatu dan 2 org mamat berkot.dengar lograt macam sorg dari Terengganu dan sorg dari Kelantan.Oh lupa nak perkenalkan.. En. Yahayatu tu adalah Jurutera Projek Mekanikal.kiranya orang paling otaila Cawangan Mekanikal dan bakal naik pangkat J44.En Yahayatu memperkenalkan kami kepada 2org mamat ini..borak2 kosong.ketahuilah 2org mamat ini termasuk En Yahayatu dan kami adalah Produk UTM.aku leh simpulkan sebahagian besar org kerja di JKR adalah bdk2 UTM.hehe.Conclusion,kalo nak keje JKR, studyla dkt UTM.hehe

Pukul 9.00AM,kami menyanyi Lagu Kebangsaan (NegaraKU)~terlalu lama aku xmenyanyi beramai.hehe.Lagu NegeriKu Pulau Pinang~teringat dekat KMPP~dan lagu xpernah aku dengar LAgu Perkhidmatan Awam.hehe.Sejurus lepas tu,Pengarah memberi ucapan,ada ucapan perpisahan,ucapan hari jadi dan paling best Pengarah memperkenalkan staft2 baru join/penempatan baru di JKR Penang.Uish...ramai gilo Jurutera dan TA dalam dewan ini..aku terkejut beruk juga 2org mamat yg aku jumpa sebelum masuk tu adalah Jurutera Daerah (JD),aku rasa pangkat dia dalam J44/48.nasib baikla aku kawal penampilan aku..kalo aku sembang bodo2 mampuih...hehehe.tapi depa borak selamba ja..macam aku satu kepala ja.hehe.Dalam pkl1030AM,majlis itu bersurai.

Lepas bersurai ja,aktiviti paling best di JKR adalah makan selepas majlis.haha.perut aku memang memulas sejak pagi tadi coz xmakan lagi.apa lagi aku serbula..masa mengambil makanan aku terjumpala Lim,Fahmi(Jurutera Jalan) dan Saiful(Jurutera Bangunan)~depa ni kiranya seBatchla aku.lapor diri sama2 dkt HQ.Oleh kerana aku sangat lapar,aku pergi beratur bersama staft2 lain..sepatutnya makan dekat meja disediakan.Aku malasla dok makan dengan orang2 beso,pastu makan kena cover2.hehe.xdela sebenarnya aku malas makan dekat sana,fahamla JKR kalo dah berborak nanti keja lupa plak..so aku ini baru lagi lagipun bos aku pon ada kenala kipas2 skit.jaga performance.hehe.

Ermm balik ja dari KOMTAR,En.Jamil telah inform petang ini pkl3.00PM ada Meeting Department aku.adus nampaknya aku kena jadi Pengerusi.dahla xprepare apa2 langsung.so belasahla...cuma time tu aku tekankan WBS(Work Breakdown Structure) bahagian dept aku dan responsibilty/misi/visi JKR.hehe.So dapatla aku bertemu semua staft2 under responsible aku.Insyallah aku akan buat terbaik 'Jasa Kepada Rakyat'.First thing,aku hightlight dalam meeting adalah mengemaskini database..senarai pelanggan...senarai kontraktor..dsb.Alhamdulihah,aku telah memulakan langkah pertama dengan centerlize all code system yang akan digunapakai dalam sistem tender/invoice/workorder.Aku pun xtau macamne terkeluar idea yang sangat bernas itu.Hasilnya aku telah mengubah sistem code yang digunapakai lebih 30thn.hehe.Nasib baiklah diterima even dapat bantahan awal daripada juruteknik kanan.wah nampaknya era pemerintahan kuku besi Hamzi akan menjelma xlama lagi.hehe.

Untuk pengetahuan korg,keja di private dan gov jauh bezanya.Di sini kita sebagai pemimpin/memberi keputusan.So ertikata lain decision making in goverment perlu kuat.xmacam private even kita ada idea bernas pon sure xleh bg kesan dalam admin/management.Di goverment,kita cakap A, A mesti perlu laksanakan even ada pihak yang xsetuju.Bos tetap bos..Bos Always Right..hehe.tapi yang beratnya You have Big Responsible!!


~HaMzY~


Monday, February 2, 2009

MasaLah BesO!!!

Wah bulan ni memang cukup mencabar bagi aku...gaji tidak ada...gaji di CIMA aritu aku dapat 1/3 ja gaji asal.resign awal bulan sangat..pastu guna beli tiket lagi pergi KL plak..azizul hutang plak..waduh2...duit gaji CIMA telah abis aku beli baju baru...baju batik la (pakai setiap hari Khamis)..baju kemeja la...yela keja gov..huhu.dulu aku pakai t-shirt ja..simple n cepat..xpayah iron tiap2 hari..menyampah betul..baru aku ingat CIMA hutang dengan aku...ermm RM340.00.duit claim outstation n duit penalty MAS coz aku open tiket coz datang lewat masa nak check in.haha.yang parahnya aku kena kluar duit dulu.nasib boleh claim..cilako driver aku tu pandu lembap gila suruh cepat takut kena saman.dahla dia ambik aku lewat.haram betui....pagi ini,aku telah call cleck department aku...tapi dia lembap betul...keja dah lebih 3tahun..tapi lembap nak mampus..suma aku kena buat...suruh buat cakap xtau...nasib baik cun kalo xcun memang aku kutuk gilo tahap cipan...

Hari ini aku dekat office agak busy..pagi aku lawat site visit...nak handle aduan kerosakan..aku still blur2 tentang job responsible aku...aku akui aku amat lemah dalam maintenance dan management..macam mana aku nak handle aduan seluruh penang.huhu.hari ini aku melawat..Pejabat Pengurusan Masjid dan Surau Penang dan Mahkamah Syariah Penang.memang blur habis...nasib baik ada TA (Technical Asst),En.JAmil cover aku..kalox terserlah ke'BLUR'an aku..hehe.Petang itu juga aku pergi jumpa Ketua Penolong Pengarah Mekanikal,En Mahadzir.beliau ini adalah Big BOs JKR Mekanikal.Aku berbincang dan suruh dia brief tentang kerja aku patut buat...yela aku terkejut beruk baru ja masuk.kerusi pun tak panas lagi.banyak sebut harga aku kena tandatangan.bukannya skit melibatkan puluhan ribu ringgit.silap aku tandatangan x pasal2 aku kena siasat dengan BPR.hehe.

So petang tadi aku tryla study sendiri...hendak memahami Air-Conditioning System And Maintenance.study Manual tuh..hehe.so lehla contractor takut skit bila ada problem dekat site.depa xleh kencing aku nanti.hehe.


~HaMzY~