SiLa SoKonG SaYa!!! cLicK !!!!

SeBeLuM BaCa PleASE ClIcK!!!

Monday, January 16, 2012

Target Awal Tahun 2012...


Impian Hampir Jadi Kenyataan!!!

Sepanjang aku menjadi follower tetap untuk Blog Perlaburan Hartanah, memang aku semakin bersemangat untuk mendalami ilmu pelaburan ini..Sumpah aku memang BENCI pelaburan jenis MLM dan seangkatan dengannya...bagi aku skim ini terlalu mendesak seseorang sehingga ada kalanya akan membuat dahulunya sahabat baik...berakhirnya dengan putus hubungan..

Pernah aku menerima panggilan telefon daripada sahabat lama...hepi rasanya untuk berjumpa iyela sudah bertahun tidak bertemu...last2 rupanya ada udang di sebalik Mee Banjir Mak Jah...aku di kelilingi lebih daripada 4 orang otai MLM...malang sekali mereka terpaksa berduka ternyata aku ini bukan jenis lelaki yang berhati lembut...malam itu juga aku sound kepada sahabat lama aku..aku ini bukan jenis suka MLM...fobia dengan kejadian itu, kerap kali aku mendapat jemputan daripda sahabat2 lama..aku akan tanya dahulu kepada diorang..if MLM memang aku patah balik jumpa lain kali ye...aku sanggup buat muka bodo dan beredar daripada berjumpa sahabat lama...jangan main2 tau!!aku buat sungguh..hehehe.

Berbalik daripada target awal tahun ini, aku cuma untuk membeli rumah lelong..rumah itu dah 4 kali sudah dilelong.Seingat aku dari aku study di UTM sehingga sekarang tiada yang sudi membeli (mungkin rezeki aku kot.hehe) ..rumah itu hanya bersebelahan dengan rumah aku di Sungai Petani.Hasrat aku untuk memiliki rumah itu memang lama, rumah itu 12 tahun tanpa penghuni..bayangkan lah...arwah abah aku pun sokong untuk aku membeli...sedih beliau xsempat tengok anaknya beli rumah itu...

Ini rumah aku maksudkan...

Rumah Idaman Kalbu!!!

Seingat aku seawal harga rumah itu dilelong berharga RM7x,ooo.oo. Sehingga kini jatuh sampai RM5x,ooo.oo.Rumah ini akan dilelong pada awal Februari ni..alhamdulilah aku akan cuba membida..bayangkan lah..notis banner tu baru jer lekat..petang tu aku balik aku buka dan simpan..so tiada org tahu rumah itu dilelong.Jahat x aku???Bukan apa aku xmau orang tahu...aku nak beli dengan harga reserve sahaja..jimat sedikit..boleh buat renovation ke atas rumah itu..tengakla bumbung pun pecah...hehehe.

Untuk pengetahuan, aku akan tinggal di rumah itu selepas Pn Isteri ku dapat berpindah daripada Bidor.Itupun mungkin sekejap jer kot...bila rumah Puan Isteri aku beli di Bandar Astana sudah siap kami akan berpindah ke rumah baru..rumah yang ini aku akan sewakan.hehehe.Harap aku dapat merasa dok la jangan kena tukar plak..mampuih la...Rasa2 RM400.00 ok x rumah yang ni?hehehe.

Ini adalah rumah kedua aku, rumah pertama aku aku beli rumah flat 2 bilik di Ampang..aku buat sewa jer...ini dinamakan pelaburan masa depan...aku beli orang sewa dia yang tolong bayarkan bayaran bulanan dkt bank..cukup masanya rumah itu dapat dekat aku..hahaha.

p/s : Impian aku sebelum umur 30 tahun adalah memiliki rumah sekurang-kurangnya 3 buah rumah.semoga Allah makbulkan doa dan impian aku nih..amin...

-HaMzY-

No comments: