SiLa SoKonG SaYa!!! cLicK !!!!

SeBeLuM BaCa PleASE ClIcK!!!

Wednesday, January 18, 2012

Thanks Abang Ensem!!!

Bertuah betul aku kerana persoalan aku telah dijawab dengan serba ringkas tapi padat oleh Jutawan Hartanah aka Abang Ensem.Untuk pengetahuan bro AE telah memiliki lebih daripada 13 buah rumah tanpa mengeluarkan duit sendiri.Terer kan?


Terus terang aku telah jatuh hati kepada penulisan bro ini disebabkan beliau tidak lokek membantu masyarakat di sini membuka mata tentang soal hartanah.Aku rasa kemungkinan harta tanah naik pon mungkin disebabkan banyak pendedahan telah diketahui umum menerusi blog beliau ini.hehehe.


Apapun terima kasih kerana menjawab persoalan dikemukakan .Aku setiap hari akan masuk blog AE ini..Ternyata berbaloi!!!


Ini di bawah adalah persoalan aku kemukakan kepada AE dan jawapanya boleh dilihat pada entri ini


>--------------------------------------------------------------------------------
khai hamzi says:
December 23, 2011 at 2:56 am

Salam 1 Malaysia AE,

Saya adalah seorang Silent Reader blog AE dan salah seorang ribuan pembeli E-Book AE.Alhamdulilah hati saya telah terbuka untuk mengikuti jejak AE dan rakan-rakan jutawan AE untuk memiliki hartanah yang diidamkan.Untuk pengetahuan AE, saya PERTAMA kali menjadi seorg pembida untuk satu proses lelongan pada masa terdekat.Seperti sedia maklum, untuk persiapan awal saya telah menelefon Jurulelong untuk mendapat Dokumen Pengisytiharaan Jualan (Proclamation of Sales) dan Terma-terma Jualan(Condition of Sales) bagi rumah terbabit, tetapi saya mendapat kejutan iaitu Jurulelong berkenaan mengarahkan saya menyediakan draft bank sebanyak 10% dan serahkan kepada beliau kemudian baru beliau hendak menyerahkan POS rumah terbabit sebagai bukti keseriusan dan kesungguhan saya untuk menjadi pembida rumah tersebut.Apa pendapat dan komen AE dan rakan readers yang lain?

Saya juga bertanyakan kepada beliau adakah ini suatu prosedur lelongan?Jurulelong berkenaan memberi alasan beliau sering ditipu kerana ada pihak cuba untuk menyelamatkan rumahnya daripada dilelong dan beliau mengalami kerugian disebabkan orang lain tidak boleh membeli rumah berkenaan (Saya berpendapat pembida cuba untuk kawtim dengan jurulelong supaya mendapat harga terendah dan akhirnya jurulelong itu ditipu oleh pembida yang dijanjikan kot.hehe).Tambahan beliau, tanya bank jsekiranya saya rasa bimbang apa-apa tentang perkara di atas.

Persoalan saya :

1. Perlukah saya memberi daft bank sebanyak 10% kepada jurulelong berkenaan sebelum hari lelongan?Apa kesannya?

2. Sekiranya saya beri daft bank berkenaan kepada jurulelong sebelum proses lelongan (ertinya jurulelong hold bank daft) saya berasa kuatir selepas saya menunjukan keseriusan saya terhadap rumah terbabit kemungkinan jurulelong akan berpakat dengan ulat2 lelong untuk menaikan harga rumah terbabit.Selalu ker kejadian ini berlaku or saya terlalu berfikiran negative (Jurulelong itu sound dkt saya cakap saya ni terlalu negative.hehe)

3.Sekiranya saya tidak menyerahkan bank daft terbabit kepada jurulelong berkenaan bagamainakah dan di manakah saya boleh mendapatkan Dokumen Pengisytiharaan Jualan (Proclamation of Sales) dan Terma-terma Jualan(Condition of Sales) ?

4. Semasa proses lelongan terbabit, katakanlah jurulelong itu tidak membawa bank daft yang saya berikan dahulu itu, apakah tindakan saya yang boleh dibuat?(ini kiranya kes ada 2 org pembida (termasuk saya) so satu lagi pembida telah memberi duit kopi kepada jurulelong supaya mengagalkan saya untuk menjadi pembida pada tarikh dan masa lelongan disebabkan tiada bank daft terbabit.Maaf pemikiran negative lagi terhadap jurulelong.hehe.Ada kemungkinan tidak perkara seperti di atas berlaku?Sila komen AE dan readers lain.

5.Mohon AE dan Readers lain memberi tips menghadapi Ulat2 Lelong dan Jurulelong kawtim semasa lelongan berlaku.

Terima kasih, saya amat berbesar hati sekiranya AE dan readers lain memberi pendapat supaya menjadi rujukan saya kerana proses lelongan itu akan berlaku dalam masa terdekat ini.Saya akan mendoakan agar AE terus success dan maintain kadar kehenseman semulajadi sampai bila-bila.(Ayat bodek nih).

-hAmzY-
--------------------------------------------------------------------

p/s: Memang terharu apabila AE membalas persoalan aku...jawapan dalam entri beb..hahaha

-HaMzY-

No comments: