SiLa SoKonG SaYa!!! cLicK !!!!

SeBeLuM BaCa PleASE ClIcK!!!

Sunday, December 6, 2009

ErTi sEbUaH PenGorBanaN!!

ToGetHer
Tetibanya aku mendapat semangat baru nak berblog nie..hehehe.Sebenarnya aku sudah lama nak share nih..tetapi terlupa...so dah ada masa skit aku try nak share dengan korang...benda nih aku dapat time aku kena kursus selama 3hari "Bengkel Intregriti Penjawat Awam'.Time tu dia share videoklip nih..so aku try cari dalam you tube dapat juga...

Dick and Rick Hoyt

Kisahnya bermula dengan pengorbanan seorang bapa kepada anaknya yang cacat semasa lahir...kerana kasih sayangnya kepada anaknya dia sanggup membuat anaknya gembira seperti kanak2 lain..kisahnya bermula,anaknya Rick yang ingin berlari seperti kanak2 sebayanya...kerana terlalu sayangnkan anaknya...dia sanggup memenhi hasratnya anaknya itu...nak tau ikuti videoklip bawah nih..dan baca true story..hehe..malas aku nak taip..hihihi..baru korang tau apa itu erti pengorbanan!!!!





~HaMzY~

TanggUngJawaB BerTambah!!!

EErmmm>>>Bosan!!!!

Bulan Disember ni, mmg banyak kenduri kawen..bak cakap technian aku bulan mengawan!!!hehehe.Thanks yang sudi jemput aku...insyallah aku akan penuhi jemputan itu...sekiranya tidak...mohon kemaafan...bukan sengaja....AgaK LAMA AKU TIDAK buka blog ni...mungkin terlalu busy dan penat menyebabkan MOOD agak 'ManDoM'..

Insyallah selepas penutupan akuan di ofis,aku akan lebih bersemangat nak update BLOG nie..Tunggu!!!!


Sunday, November 1, 2009

TiMe OuT!!!

mY wEEkENd
Every Weekend,aku selalu habiskan masa aku dengan layan Internet..macam la xda menda lain yang berfaedah leh aku buat...pastu aku tido!!!Argh...memang bosan hidup aku nih...kalau la ada awek ajak dating sure aku xtolak!!!hehe.Sure hidup aku lebih bermakna kan?hehe.Just nak share..slalunya setiap Ahad,aku akan tolong ayah aku buat kerja.Ermm nak tau apa yerk?

Ermm ini adalah ayah aku...pakcik MhD JaMIN.Dulu keja dengan TELEKOM (M) Berhad..tetapi VSS tahun 2001..sekarang beliau bekerja SENDIRIAN BERHAD...hehe.BOS=KULI..hehe.dan aku adalah 2nd PA beliau selama ini...1st PA beliau surela mak aku..makcik NORMAH.~lalalaaa.

So ayahku menjalankan bisnes secara kecil2 iaitu Coin Payphone dekat sekolah2,hospital2 dan tempat awam yang dirasakan selamat daripada vandalisme dan curi.Ermm tgk tue..ayahku busy nak setup GSM WIRELESS ROUTER.

Ni la rupanya GSM WIRELESS ROUTER...kalo xda benda alah nih mmg comfirm xjalan public fon tuh..hehe.So kalo sesapa yang berminat dengan bisness nih lehla contact aku...lehla aku ajar selok belok coin payphone coz akusecara xlangsung involve dengan bisnes ni lebih 5tahun!!Fuh lama tuh!hehe..Ermm kami bt Maintenance dekat Maktab Mahmud Baling..ssh jugala nak jalanbisness ni coz terlalu banyak competetor yang besar..!!Apapun rezeki kena cari...ALLAH Maha Mengetahui!!!

MiNda KeLas KeDuA?
Selepas kami setle maintenance dkt Maktab Mahmud Baling,kami meneruskan ke tempat selanjutnya iaitu di Maktab Mahmud Sidam Kiri plak..korang tau ker?hehe.xpela layan jer...then aku tertarik nak share dengan korang pasal nih..

Masjid ini ,kami henti solat Zohor sebelum balik rumah...sebelum balik aku sempatla pergi ke tandas...biasala tunaikan hajat..hajat kecik ja!!!hehe.

Tapi yang memeranjatkan aku bila masuk ja tandas...masjid khairiyah leh katakan cantik..tapi...

Terpampar tulisan ni..
"JANGAN MASOKAN BENDA DLM MGK TANDAS.....TOLONG-LAH"

Pergh..kesian juga aku tgk tulisan ni...memang ni kerja Tok Siak!!Sedih juga dia terpaksa merayu macam nih..sure Tok Siak ni dah Fed-Up dengan perangai hamba Allah yang xtau jaga kebersihan..huhu.Kepada yang muslim,tolongla jaga kebersihan di masjid...tolong jadi muslim minda KELAS PERTAMA!!!
Jagala kebersihan..kebersihan separuh dari iman!!!

Ermm memang panas hatiku bila masuk masjid pergi tandas teruk gile!!!Nasib baikla time aku nak balik aku terjumpa benda nih...aku pun xtau apa namanya..ni bukan gendang...tapi sejenis gendang!hehe.ERmm sapa tau benda apa nih?aku rasa TABUH...itu pun aku teringat lagu Raihan~Peristiwa Subuh!Setahu aku fungsi tabuh ini adalah untuk memberitahu masuknya waktu solat dan kalo di kampung aku ,ia juga digunakan untuk memberitahu ada kematian di khairiyah or dalam kampung tuh.

LAGU : PERISTIWA SUBUH
PENYANYI :
FADLY&NATASHA




p/s : Ermm teringat dulu2 sering subuh gajah dan dinasor!!!huhu.sekarang dah berubah kot!!!hehe

~hAmZy~

Wednesday, October 28, 2009

KeDeKuT Kah Aku Nih???

KuRsUs SKALA!!!
Ermm..malam ni aku ada kekuatan untuk share skit dalam blog nih...(sambil layan MOCCA~lalalaala).Hari ni aku balik ofis lepas solat magrib..so sampai umah jam 8.05PM..aku balik awal hari ni sbb bilik aku kena renovaion..so ada kerja2 pecah dinding n rewiring..Fuh,nasib baik hari bermula 27/10-29/10/09 aku ada kursus SKALA di JKR DTL.So xla rasa ketensenan bunyi drill yang bising tuh.

Kursus SKALA ni agak bagus..Terus-terang sebelum ni aku hanya dengar jer pasal SKALA nih.sebabnya aku xjaga projek persekutuan so sistem ni xla aku guna.Untuk makluman SKALA ni adalah Managemant Tool untuk monitor projek2 di bawah JKR.So malas nak ulas tentang kursus ni...tapi yang penting dalam kursus nih suma peserta kena bawa laptop sebabnya Sistem SKALA ini like software..so dalam ramai2 peserta aku la peserta paling mangkuk yang xbawa laptop...mana aku ada laptop!!!!destop ada la....huhu.

JoM MeNaBunG!!aDa BeRaNI??

Malam ni aku jadi blogwalking...hehe.saja dok usha2 blog awek2 cun2..haha.Tup2 terjumpa blog Irfan Khairi (Jutawan Internet),apa lagi layan tips-tips nak jadi Jutawan..hehe.Dalam banyak2 entry yang dalam blog tu..aku tertarik tentang tips ni untuk aku share dengan korang..tajuk entry tersebut adalah...
---->>

DuiT Sen vs DuIt KerTas



Tip Kewangan ini khas untuk korang yang susah nak save duit… sampai hujung bulan, sedar-sedar takd3duit yang dijimatkan.So kepada korang yang pemboros+ xsempat nak saving lehla ikut tips ini.Insyallah aku akan start bulan depan dengan tips ini...ChAiYO0o....... HaMzY!!!!

Tipsnya adalah------>>>Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…

Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…

50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.

Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…

Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi

Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, korang simpan dalam tabung.

Serius aku rasa kalo kita buat tips ini dan amalkan selalu kita leh saving sebulan paling kurang pun RM15 sebulan..so lepas pakatla kita buat tabung untuk duit syiling kita..

P/s: Comfirm wallet aku xde duit syiling lepas nih..hehehe..So AdA BeRaNi buat tips ni??

~HaMzY~

Sunday, October 25, 2009

LaYan MoCCa = JiWaNg??

AdAkah Aku seoRang YanG JiwaNg???
Wah malasnya nak update blog..hehe.So apa lagi layan You Tube...tiba2 teringat nak search sesuatu...terlintas dalam otak ni nak taip MOCCA!!Yes..time dkt UTM aku dok layan lagu nih...time aku buntu buat Final Year Project..haha "IMPACT EXTRUSION OF ALUMINUM ALLOY".Pergh mmg dasat projek ni,silap2 leh aku fail dan xgraduate lagi..haha..

Just info pasal Band Mocca nih..seingat aku adik aku hanafi yang bg aku test dgr lagu diorg nih..mula naik menyampah aku tengok tiap2 hari dia dok laya lagu nih...Adik aku ni seorng yang minat indie band..ntahla sebelum Kumpulan Hujan..Meet Uncle Hussain...n bla..bla2... sebelum depa menetup adik ku layan lagu tuh dulu..so dia yang jadi informer aku dalam bidang muzik2 nih..hehe.

So aku nak cerita Band Mocca nih...band ni antara indie band yang agak famous dkt indonesia..yang menariknya lagu yang bawa best dan sedap..pastu penyanyi vokal ada perempuan..hehehe.Jom la layan mana tau korang pun suka..hahaha

MOCCA and their SongS













p/s : ermm..sowila kalo korang xsuka..aku layan lagu ni just suka2 tp bukan bermakna aku seorang yang jiwang!!!!Peringatan aku bukan seorang yang JIWANG!!hehehe.

~HaMzY~

Tuesday, October 20, 2009

KeReTapi BuKit BenDeRa!!!

BerAkHirNya MinGGu yaNg BusY...
Minggu ini memang aku terlalu busy..mana tidaknya...seminggu lepas aku jadi macam orang gila siapkan 3 Sebutharga untuk dijual dengan segera.Mana taknya org GOV balik keja pkl5 yang aku nih terhegeh-hegeh paling awal balik pkl7.dah la xleh claim.huhuhu!!!Syukur semua selesai dan sekarang tengah proses penilaian sebutharga..Cian Pembantu Jurutera aku En.Jamil (Dahulu digelar Pembantu Teknik a.k.a TA) kena buat penilaian...Pada Isnin (19/10/09) ,ofis aku telah buat majlis Depa Raya (Deepavali+Raya Aidilfitri)..mmg bestla sbb ramai datang dan mkn free...eh free ke?xde2 aku kena byr juga RM10 tu..tapi xpela tu komitmen yang penting hari tu aku melantak lebih dari duit dibayar..haha.ermm rasa rugi plak xdapat snap time hari ni.hehe.yela busy skit dok sambut VVIP..hahaha.Anyway,sekalung tahinah kepada warga JKR CKM Penang kerana berjaya mengadakan Majlis ini...tahniah juga kepada penglibatan secara langsung or tidak...semoga komitmen dan kerjasama seperti ini dipohon utk memeriahkan dan menceriakan JKR CKM P.Pinang.


PeNang HiLL..!!!!
Petang 19/10/09,aku dapat surat perlantikan sebagai Pegawai Audit Mekanikal bersama sahabatku PPM(Pen.Pengarah Mekanikal) Hazri untuk membuat pemeriksaan pada bangunan Blok Kuarters Kelas H di DTL bersama pegawai daripada Unit Selnggara.Arghh..bertambah kerja lagi,baru jer setle satu bab..datang lagi bab yang xdiundang.So dah orang lantik belasah jer aku pergi...!!!!
Then,aku dapat daripada bos aku..

"Semua ppm diminta hadir ke majlis pelancaran projek keretapi bkt bendera esk.Bkumpul di ckmpp jam 8.30am"

Wah,so terdapat clash untuk esok.So aku ambik keputusan utk pergi ke Lawatan Pemeriksaan Bangunan sebab memang penting.Alangkah geramnya aku,bila diberitahu bahawa lawatan ini dibatalkan..Lain kali kalo nak batal informla awal..buat surat ke..call ker...buat penat ja aku n hazri bersama driver aku cari bangunan tuh...so aku mgambil keputusan untuk pergi ke majlis pelancaran tersebut...Penang Hill..saya datang nih!!!!

Ermm..kepada sesiapa nak naik keretapi Bukit Bendera mohonla korang naik cepat2 sebelum Tahun Baru Cina nanti..pastu memang xdala keretapi nih.wahaha.So leh la ambik gambo banyak2 buat kenangan untuk anak cucu korang!!!

Ermm nampak x,file kuning tuh...ha..tula dokumen yang aku nak guna untuk buat audit tuh..Geram gilo..batal meeting tuh xbagitau!!!xpa2 nasib baik leh pergi Penang Hill..lehla dapat saksikan Upacara sejarah ini..hehehe.

Persekitaran bawah Bukit Bendera...memang ramai wartawan datang ke majlis pelancaran ini.Kos menaiktaraf keretapi ini menelan bajet RM63 juta tuh..banyak siot!!!

Ini adalah design baru untuk papan tanda projek..Dahulunya kalo korang perasan ada satu tulisan...PROJEK BARISAN NASIONAL sudah dipadam dan menggantikan dengan PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN..hehe.Tahu nape tukar?ermm faham2 je la!!!hehe

Untuk pengetahuan korang la...sistem keretapi Bukit Bendera ini telah mencapai 83 tahunTun Mahadir lahir tuh...reasons untuk naiktaraf sistem ini adalah...safety pelancong terjamin dan kos maintenance amat tinggi untuk operasi sistem ini.mana taknya benda 83tahun perkhidmatan tuh spare part pun xda...so kitorg (JKR Mekanikal) yang dok buat spare part..hehe.

Satu lagi info untuk korang,tahukah korang hanya terdapat 3 negara je yang di dunia da keretapi jenis sistem ini..pertama dekat Switzeland pastu Hong Kong...dan lastly tentulah MALAYSIA!!!!Dan sistem keretapi di Malaysia adalah terpanjang di dunia!!!

Ermm..tengok tuh ramai gile wartawan n press dok pusu2 naik keretapi nak ke puncak..Ermm aku mals la nak tunggu..ramai gile..!!Baik aku blah dulu..tapi lepasjer selesai majlis tuh ..aku n hazri n mr loga(driver aku),kami ada plan..kami pekerna NASI KANDAR KG MELAYU!!!Kepada yang pergi penang jangan lupa singgah ke tempat nih!!!ni baru nasi kandar!!!!abis duit aku RM20 belanja depa nih makan!!haha

~HaMzY~

Sunday, October 18, 2009

AdA aPa dEnGan NuFFnanG???

FiKiRanKu SedangKan BerFikiR
Tetiba hati aku terdetik untuk post entry nih..sudah banyak blogger cakap pasal ni..dapat redeem la...dapat cashout from internet a.k.a Nuffnang.Justeru,aku sebagai engineer yang berkhidmat kepada rakyat rasa terpanggil untuk menceburi bidang ini..hehe.dengar citer macam best dan senang jer..tapi setelah aku join Nuffnang selama 2bulan baru jer aku kumpul RM4.15.wahaha.Serius aku masih teruja dengan angka ni..even jumlah sangat kecil tapi aku rasa berbaloi sangat2..mana tidaknya..BLOG aku ini adalah untuk aku suka2 jer bila ada masa lapang.Sumpah seumur hidup aku aku tidak mempuyai diari yang dikenangi...Terus terang belum terlintas aku nak jadikan BLOG ini FORFULAR.hehe. Aku ni masih baru dalam dunia IT dan Blog nih.Aku sampai sekarang tidak ingat macam mana aku boleh daftar dalam blogspot nih..huhu.


Dahulunya,aku just suka2 menulis ...mengkritik....membenci...menrungut..memberi pendapat..pandangan personal or orang lain...JUST dalam CORETAN HAMZY.Namun,aku hairan macam mana orang still boleh melawat blog aku...yang xtahan tu...bdk2 ofis aku pon tau aku ada blog.wahaha.Memang nasib baikla korang tau..kalo x sure aku kutuk sekor2 dalam blog nih if korang sakitkan hati aku..hahaha.Then sekarang baru aku faham....sudah ramai orang mempunyai blog sendiri...ishk..sampai bdk2 sekolah sehingga Prof dkt unversiti pon ada blog???So aku pon ada blog...kiranya updated la skit noh...so kepada sesiapa yang belum ada...tolongla ye...buat SATU!!!.hehe

Terus terang aku cakapkan..blog aku nih just idea or perkara yang terlintas yang ada dalam otak beku aku nih...sangat jarangla aku nk edit2 or baca semula entry jika nak publish post..biarkan kalau huruf silap..perkataan xsesuai...mahupun entry mgarut2..yang penting terlintas ja dalam otak ni...taip dan terus berblogging...so baru ikhlas...!!!hehe.Aku rasa blog aku nih membosankan...mana taknya..asyik2 aku buka cerita psl tempat kerja aku...ketensenan di ofis..beban kerja...Nape ek macam tuh?Mana tidaknya..aku menghabiskan separuh hari dkt sana...then balik umah borak2 kosong..pastu tido..then esok pagi rutin macam tu jer...memang bosan!!!.Weekend jer la aku leh buat aktiviti...tu pun kebanyakkan aktiviti aku tido...tgk tv...main internet..hehe.

ADaKah Blog AkU nIh MemBosaNkan???
Kalau korang tanya pendapat aku..comfirm aku jawab MEMANG BOSAN!!!!wahaha.Mana taknya...meh sini aku nak senaraikan.Kalau xcukup sila tambah dalam comment ye...!!!
Antara sebab Blog ini tidak BEST + BOSAN :
1. Blog aku ni jarang update!Serius aku memang jarang update sebabnya aku terlalu membuat diri aku busy dengan kerja di ofis dan di rumah even nampak xbusy..hihi.
2. Pada mulanya blog aku ni untuk suka-suka...antara diriku di alam realiti dan alam cyber..memang aku xmengharap follower..memang tujuan utama just suka2...then aku memang susah nak jadi follower blog org lain if blog tu xda something yang leh share...
3. Blog aku just penuh dengan huruf2 dan perkataan jer..xmacam blog orang lain..ada gambo2 kenangan...gambo makanan...sebelum n selepas...ermm..ntahla..aku memang orang yang pemalu yang xsuka bergambar..hehe.Lagipun aku xpunya masa nak upload or edit gambor tuh...tengokla nanti aku try upload ek..baru nampak mantap kot blog nih??hihihi.
4. Blog ni xda follower ramai..then comment pon kurang...so aku jarangla nak online blog nih...hehe.Maybe aku akan try improve blog nih...tapi di sudut hatiku nih..."Perlukah aku nak tingkatkan follower or traffic dkt blog nih?"..."Untuk apa aku nk buat semua tuh?"....."Perlukah aku beritahu semua yang aku ada blog?"~Tapi jika aku nak dapat duit sedikit daripada blog nih..aku terpaksala berdepan dengan blogger lain..yela..share ideas..dan macam2 lagi...insyallah aku perlukan masa....tunggu nanti aku akan buat duit dengan NUFFNANG!!!.hehe.
5. Memang aku xpandai IT...then aku xtau nak buat traffic or orang nak lawat blog nih..huhuhu.Bagaimana ek nak buat blog ni BEST dan FORFULAR?heeee.


~HaMzY~

Friday, October 16, 2009

DoA QuNut????


DOA QUNUT


Allah humah dini fiman hadait. Wa'a fini fiman 'afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a'tait. Waqinii syarramaa qadzait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait. Tabaa rakta rabbana wata'alait. Falakalhamdu 'ala maaqadzait. Astaghfiruka wa'atubu ilaik. Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.


Maksudnya:

Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.


Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar, manakala orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Amin sahaja.:-

"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
''Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"


Sujud Sahwi:

Perkara-perkara sunat di dalam sembahyang ada banyak, di antaranya adalah sunat aba'dh di mana apabila tertinggal melakukannya maka hendaklah diiringi dengan sujud sahwi. Sebelum salam hendaklah kita sujud dahulu dua kali dan ucapkan dalam sujud itu:


Subhaana man laa yanaamu walaa yas hu

Maksudnya:
Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa

p/s: Ermm lawak gile aku tgk video nih...sakit perut aku..wahaha

Biar jadi Teladan!!!!!!hehehe



~HaMzY~

BLOGGER BOY!!!!
TV8

"Blogger Boy" follows the ups and downs of Mr. Average Budi, a tuition teacher to a bunch of energetic and mischievous fifth formers, he has a secret identity on the Internet by way of his confessional comics blog.

Budi's life starts spiralling into chaos by a double whammy the sudden loss of his girlfriend Zehan to another man, and the reappearance of unresolved teenhood crush Nina. Things are further complicated by his flatmate / bestfriend Kid, who gives Budi manly advice while at the same time putting the moves on the beautiful Nina.

With each bewildering twist and turn of fate, Budi finds that his only truly reliable friend is his blog… and his readers. As he continues chronicling his adventures, he finds that his comics have become very popular and he finds it harder and harder to preserve his anonymity and the secrets in his heart…

Budi’s comics
Budi is a talented artist, heavily influenced by Japanese and Korean comics (manga/manhwa) that he has been reading since his teenage years. Hence his style is androgynous-looking characters; there is very little to distinguish his pretty boys from his equally pretty girls. Concerned only with preserving his anonymity, and oblivious to how his characters may be perceived, Budi gives them ambiguous monikers –merely the initials of B, K and N to represent him and his closest friends.

Unintentionally, his comics become a hot topic on the web as his readers argue passionately about the gender of the protagonists!

p/s: Ermm xsabar nak tgk New Series!!!!Cayala macam nih baru staylo!!!!

~HaMzY~

JoM LaYaN You Tube?

Ermm lama juga tidak update blog nih..cerita blogger boy tv8 pun dh abis..xsabar nak tunggu next year..hehe.harap2 ada...dekat hujung tahun ini memang sibuk skit sebab nak tutup akuan..so bermakna segala peruntukan utk dibelanja untuk kerja2 penyelenggaraan perlu diabiskan..tu suma KPI or SKT(Sasaran Kerja Tahunan) aku..hehe.xhabis duit maknanya aku ni xbuat kerja..hehe.

Kepada Sahabat aku...En Gmat..hairan juga mcmna hg leh jumpa blog aku..lupa nak tanya..blog aku nih bukan forpular pun.huhu.Ermm terlupa nak tanya mcmna hg leh jumpa blog aku???Bukan hg Buta IT ker?Jangan marah noh...En.Gmat ini sahabat aku dari Matjiwa lagi then sampai UTM..(2008-1997) = 11 tahun tuh...
Lama xjumpa mamat nih...hidup mau solo..gelap...secret...GMAT=Lelaki Misteri?

Arghh bosan malam nih...so dok layan2 You Tube..jumpa la lagu si Aizat nih..sempoi and layan lagu nih...suspek juga mamat ini..suma lagu dia cipta..komposer...lirik...mmg sempoi ahh!!!!

Jomla..layan!!!

Penyanyi: Aizat
Tajuk : Kau Aku...A music video directed by Amin Azman (The Media Hustler) for Merah Puteh




To Succeed?????

Dear all my Colleagues, Friends and Respected Seniors, I have read below points very carefully and I hope every individual to read it with full concentration, that really help us in our professional as well as social life.


16 point plan?

1. Don't talk negatively about people behind their backs.

2. If you gossip, people won't confide in you. Mind your own business.

3. Try to work for someone who'll challenge your powers.

4. You'll learn more in a year than 4 years of college.

5. Successful bosses have good communication skills. They learn from people, including their employees.

6. Work in such a way that makes your boss look good. It's not flattery.

7. On downsizing, the first to go are those with few friends. Bosses prefer competent people whom they respect.

8. Dress for the job you want, not the one you have. Let your dress reflect professionalism.

9. Workout to get in good physical shape. Unless exceptionally skilled, the unhealthy are at a comparative disadvantage.

10. Personal integrity is crucial. tell nothing but the truth. Bosses can forgive mistakes but if you lie, you're gone

11. Be on time. Try to arrive few minutes early. It saves you from stress. You'll be much relaxed & work better

12. Strive your best to keep a deadline. If you cannot meet it, then apologize & ask for an extension

13. Don't take things personally. If some people are unhappy with you, it's their problem. But always strive to give your best.

14. If you must correct someone, don't get personal about it. Do it never in front of others

15. Spend some time alone every day.

What's the mission of my life?
What do I want to be?
and how to go about it.

16. As you move along Plan A of your career, maintain a Plan B as well ?

an alternative course to rely


~HaMzY~

Saturday, September 26, 2009

TeLur DulU Or AyaM Dulu???

HaNtaR MizaH Ke SAINA!!!!
Ermm malam ini bosan sungguh...sebabnyaa adik bongsu aku telah balik ke hostel...kalau dia adalah mangsa sakat aku..haha.Tinggal Napi jer...dia pon balik selasa ini...Penat juga hari,selepas hantar adik ke SAINA,lawat umah member mak dan pergi open house Pak Ndak aku di Pokok Sena , Alor Star.huhu.Tepat pkl 9.00 pm baru sampai umah..Bajet nak buat kerja ofis..tapi..macam malas jer...huhu.

TeLur DulU Or AyaM Dulu???
Akibat melayan kebosanan tangan aku mula surf internet...tup2 teringat nak buka gmail...wah banyak inbox...230 unread message?pergh...so aku baca dan delete la email2 yang menyemak inbox ini..So aku tertarik dengan satu email ini...tapi just funny picture jer..pasal telor ayam..haha.Menarik giler..haha.
Then,baru aku teringat nak buat satu post pasal telor ini..

Persoalan:
Antara telor dengan ayam..siapa yang dulu?

Ermm adakah ini suatu teka-teki or persoalan yang kita perlu ketahui????
Mari kita kupaskan hal ini bersama....hehehe.sebenarnya aku masih teringat isu ini diperdebatkan oleh cikgu-cikgu aku di sekolah..time tu aku baru jer Form3 dan isu ini diketengah pada Hari Guru ketika itu.Memang lucu giler yela masing-masing try untuk mengeluarkan hujah yang bernas!!!



Ntahla macam mana ek aku nak kupaskan isu ini...bermacam-macam teori dan fakta dibahaskan namun tiada jawapan terhadap ini.Jom kita tengok alasan-alasan diberi..

Kepada yang sokong Telur....???
Antara idea dan hujah dikemukakan adalah...
Surela telur dahulu dari ayam :
1. Orang akan sebut perkataan telur dulu dari ayam ~ Telur Ayam - 1 Point!!!
2. Telur yang menetaskan ayam so....telur la... - 1 Point!!!!




Kepada yang sokong Ayam....???
Antara idea dan hujah dikemukakan adalah..
1. Kalau kata guru agama atau sejarahwan adalah jawapannya ayam. Soalnya dulu waktu Nabi Nuh waktu mau naik ke kapal dia membawa masing2 sepasang dari setiap binatang. - 1 Point!!!
2.
Kalau diciptakan ayam terlebih dahulu, maka ayam itu dapat bertelur dan mengerami telurnya sampai menetas.Tapi jika telur diciptakan terlebih dahulu, maka tidak ada yang mengerami sehingga telur itu tidak dapat menetas.Maka lebih setuju kalau ayam ada terlebih dahulu. - 1 Point!!!
3. Ayam dulu kerana ayam mengenal telur tapi telur tidak mengenal ayam.Ayam kenal telur kerana ayam yang mengeluarkan telur.Tapi,telur tidak mengenal ayam sebelum dia keluar dari cangkangnya.Benarkan?
- 1 Point!
4. Ayam dulu la..A=Ayam,T=Telur.huruf mana paling awal?sure A=Ayam!!!ermm leh terima ke?? - 0.5 Point!
5. Jika bawa telor dan ayam ke pertandingan lumba lari..Agak2 sapa yang akan sampai dulu ek??huwahaha..hahah - 2 Point !!!.



ermm nasibla ko telur...aku pun malas nak fikir..pening kepala..huhu



ermm 2 hari aku mengambil masa untuk post entry ini..memng malas nak fikir...ahhhh!!



Sahabat-sahabat aku..tolong aku dapatkan idea nih..!!!



Siapa sokong telur?cepatla counter balik...ermm hamzy dulu mulut laser juga...betui ker?haha



Korang tau mkn KFC jer...bagi entry ini pon xtau nak jawab..haha.jom kita pekena ayam RADIX..best ooo....!!!100% halal...tanpa was2 ooo!!!



Ayam kot.....????mmmmmmmm



Telor pun leh jadik juga kan2????errmm!!!



Dan akhirnya..aku bertanya kepada sahabatku pcot...kwn utm dulu sekarang tunang org..heee.sowi aku post comment hg!!!hhahaha

Sila click di bawah ingin ketahui....hehehe


























Nasibla korang telor dan ayam...!!!aku apa kisah...telor pon aku makan....ayam pun aku sentak!!hahahahaa


Friday, September 25, 2009

Arghh..MalaSnya DiRi Ini!!!


Kemalasan + Kekusutan
Setelah mengambil cuti sebanyak 4 hari semperna Hari Raya tahun ini,badan ini rasa lemah sesangat ja
nak pergi kerja isnin ini.Fuh..dahla aku kena punch card pkl 7.30am.Ini gara-gara nak balik awal pkl 4.30 pm time bulan Ramadhan.hehe.Xpela lagipun nak hujung bulan jer,bulan depan masuk pkl 8.00 am
Sengaja aku ambik cuti lebih..plan nak rest kejap...sebelum raya banyak kerja gila..banyak aduan...dan banyak plak projek aku kena handle dan siapkan sebelum tahun depan.

Inspite of being such a complicated Railway network, we never hear about any accidents in Frankfurt Germany

Gile ahh...xkan cuti2 aku nak buat keja kot..kalau xbuat maybe bertambah kusut kepala otak aku..alhamdulilah semalam aku telah siapkan satu Database untuk Unit Senggara Bangunan dan Fasiliti~unit aku la ini.hehe.Database ini untuk merekod dan buat dokumentasi segala aktiviti penyelenggaraan..pembaikan...kewangan dan prestasi peruntukan perbenlanjaan di bawah kendalian aku.
Pergh..dua hari aku pulun siapkan tido tiap malam pukul3.00 am..berpinar bola mata aku buat database ini..pastu study sendiri plak macamna nak buat databased guna MS ACCESS.Mula2 pening juga pastu baru leh..yela aku kan bodoh IT skit..tup2 macamna plak aku dapat hidayah dan leh buat pastu semangat giler!!!

Dan Akhirnya....maka terciptala hasil improvement dan copycat :

Database setelah penat memerah otak!!!hamzy punya!!!

ermm..dah siap pun..ha..tahun depan aku selaku Ketua Unit Senggara Bangunan dan Fasiliti akan mewajibkan kena update database ini..baru senang skit aku nak buat report dan monitor performance kerja dan kontraktor..haha

Ingin ketahui mengapa database ini amat penting??

1. Untuk pengetahuan,sistem rekod di CKM PP amat lemah..guna prosedur manual...fail-fail yang serabut!!!
2. Susah nak detect Status Inden untuk proses pembayaran....
3. Susah aku nak buat report kewangan secara terperinci dengan kos terlibat untuk diberi kepada pelanggan..ermm SPRM minta report sampai hari ini aku xbagi lagi coz ada masalah ini...huhuhu.giler ahh..
4. Susah gile aku nak sediakan report dan monitor kerja bila inden ini hanya ada pada individu yg terlibat.contohnya jika juruteknik aku xde..so aku akan hilang akal nak cari inden tu,,pastu ...huhuh
5. Paling penting adalah aku xkena mare bila bos nak aku sediakan report on the spot!!!haha..

Target Mesti Dilaksanakan
Ermm...apa yang aku ingin sampaikan??rrr..sebenarnya aku mengambil cuti lebih ini adalah ingin juga siapkan kerja yang aku kusut sangat.Aku rasa jika kerja ini dah settle insyallah kepala otak aku ini best sangat..lehla bernyawa sikit...ini tidak sampai aku termimpi2 pasal kerja..haha.makan pun xlalu?yeke?haha...

Kerja2 aku perlu disiapkan...
1. Ada 3 Sebutharga perlu siapkan dan jual pada next week.(Target la..huhu).If lewat menjadi masalah kepada aku..sure bos akan cari aku..then yang paling teruk pengarah dari Jabatan pelanggan akan desak dan marah aku suruh siap cepat2...
2. Prepare Dokument Contract for Non-Comprehensive Maintenance...
3. Memastikan segala duit peruntukan di bawah kendalian aku sempurna dibelanjakan..taux ini adalah KPI aku..kalau aku xbelanja dan biar duit yang diberi xguna..maka terukla prestasi aku..huhu.

Ermm aku ada masa 2hari jer lagi nak buat segala yang dirancang..harap2 dapat siap..sedikit pun xpela...hehe.Lagipun aku still berbangga kerana dapat siapkan database ini..Ermm database ini adalah planning aku tahun 2010.Fuh siap awal ini....giler kentang!!!1hahah

~HaMzY~

SAlaM LeBaraN....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
ermm cepatnya masa berlalu...terus terang aku rasa Ramadhan kali memang pantas berlalu.Ntahla apa amal ibadat aku lakukan dalam bulan ini...Semoga aku ditemukan semula Bulan Ramadhan akan datang..Amin.....

Keampunan Dan Kemaafan Dipinta

Di sini,aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya kepada sesiapa mengenali aku..salah dan silap diharap dimaafkan..sesunguhan aku ini insan yg lemah dan sering membuat kesilapan.Di hari yang mulia ku pohon keampunan + kemaafan kepada korang semua.

Hari Lebaran
Seperti tahun2 lepas,kami sekeluarga menyambut Hari Raya Pertama di Kepala Batas,umah opah aku di Pongsu Seribu.Kali semua saudara mara dapat berkumpul bersama.Memang meriah!!!Tapi tidak semeriah time aku kecik2 dulu...yela sekarang ini nama jer dok kampun..tapi cahaya pelita minyak tanah haram xnampak..ada pun sedikit sangat just untuk bebudak main mercun dan bunga api.
Aku dan family aku bermalam 1 hari sebelum raya di rumah opah...
Memang secara tradisi kampung ini akan bergotong royong memasak nasi daging dan diagihkan setiap penduduk kampung..memang aktiviti ini lama giler...seingat aku!!!Sebelum tibanya hari raya..AJK Kariah Masjid akan pergi setiap rumah untuk mendapatkan beras(kiranya derma la..ikut kemampuan) dan akan diberi satu kupon untuk mendapatkan nasi daging nanti.
Memanh aktiviti ini angat baik..tapi terasa juga aku...semasa aku pergi mengambil nasi dengan Pak Ndak aku..aku dapati tiada lagi belia-belia yang mengikuti aktiviti ini.Ke mana belia kampung ini?hehe.kalu nak harap aku harapan la....yela aku bukan kenal orang sangat balik kampung sekali sekala ja..Berdetik dalam diri aku berdoa aktiviti murni seperti ini akan dijalankan seperti tradisi.Bukannya apa...nasi daging ini akan diagihkan kepada penduduk yang berpendapatan rendah...anak2 ramai..dan kurang berkemampuan merasai kenikmatan menjelang hari raya.


~hAmZy~


Saturday, September 12, 2009

ZaKat PeNdaPataN JanGan LuPa!!

Semalam aku xmasuk ofis dkt caw.Sg.Pinang..tapi aku masuk ofis dkt caw.Bukit Tengah..Aku tiba dekat sana lebih kurang pkl7.15 tapi langsung xnampak kelibat orang..hehe.Sebenarnya aku datang Bukit Tengah bukan nak mengulat tapi ada kerja yang perlu settle di sini iaitu membuat pemeriksaan akhir sebelum aku dan En.Jamil keluarkan anggaran kos pembaikian dan menaiktaraf sistem Pencegahan Kebakaran di Makmal Kualiti Makanan di Butterworth.Aku dah janji nak siapkan sebutharga dan datang ke makmal ini pada minggu ini.

So aku tunggula En.Jamil dan En.Loga(Driver Unit Senggara).Sebenarnya aku dan En.Jamil planning nk datang terus di CKM Bukit tengah..tapi akan kan daya isteri En.Jamil xcuti hari ini.So aku yang pergi terus CKM Bukit Tengah..sampai sana maybe diorg cakap aku ni ambik kesempatan nak balik awal...So please la...semalam aku balik pkl530 tau even aku leh balik pkl430..jgn cakap aku mengulat dahla..lempang kang!!!!!

Tepat pkl8.00 so ramaila masuk ofis..then aku diberitahu hari jumaat ini ada seorg ustaz dari PUZ(Pusat Urusan Zakat) akan bagi taskiroh di sini pkl8.30.ermm aku pon serba salah coz takut en.jamil datang satgi terbantut program kami ..Uish..satgi kalo aku xpergi diorg cakap aku ini xsuka budaya ilmu plak.sbb sume staf di sini digalakan/diwajibkan hadir sesi taskiroh ini.Ermm aku mmg tertarik dengan budaya ilmu macam ini...tahniah aku ucapkan kepada staff CKM Bukit Tengah kerana berjaya menjadikan perkara ini sebagai amalan atau budaya di jabatan ini..Bukan senang untuk menganjurkan hal keagamaan seperti ini dengan kehadiran penuh serta komitmen daripada pelbagai staff di sini.

Lagipun sepanjang aku berkhidmat di sini,ini first time aku hadir...sebagai seorang P&P aku patut join program ini untuk menggalakan penganjuran ini mendapat sokongan.Inyallah sekiranya aku ada kelapangan aku akan hadir pada program seperti ini...Terus terang aku sebenarnya telah lama tidak menghadiri majlis usrah macam ini...dkt UTM..ermmm malas giler....sejak kluar dari Matjiwa segala majlis keilmuan dan keagamaan seperti telah jarang aku hadiri.Mungkinkah aku sekarang telah mengejar duniawi?Uhhh..tapi aku nak hightligt dkt sini..aku belum tersesat lagi tau..tapi seperti biasa..aku hanyalah insan biasa..mudah terlupa..lalai...hehehe.

Berbalik kepada taskiroh itu,aku hanya tertarik kepada isu zakat pendapatan...
Rupanya gaji yang aku terima ini tidak 'dibersihkan' lagi mengikut Islam....
debgan erti kata lain kita yang berkerja ini perlu dikenakan zakat pendapatan....jenis zakat pendapatan ini amatla jarang dibuat kerana kita sering berpendapat bahawa gaji yang kita perolehi xmencukupi menggangung hutang kereta,hutang PTPTN,hutang rumah,harga barang semakin mahal dan bla2..bla2..tapi aku nak tanya gaji sampai berapa korang leh cakap korang leh cukup???berapa banyak yang cukup?Sebenarnya isu gaji xcukup ini adalah hati kita tamak dan tidak zuhud ke jalan Allah...erti kata lain..kita merasakan gaji xcukup disebabkan rezeki yang kita terima ini tidak dapat keberkatan Allah.Sekiranya kita mendapat keberkatan Allah kita akan senang dan perjalanan hidup ni kelihatan mudah.

erk2..memang terasa sgt dengan kata2 ustaz tersebut..dan membuatkan aku rasa hiba..barula aku dapat hidayah..hehe.yela..korang pernah tengok orang yg selalu keluar zakat jadi papa kedana..miskin...?pastu penah tengok org jutawan yang sering menolong org susah dia jd susah sama...aku tengok bertambah kaya adalah...hehe.Contohnya:
1.Dekat kampung aku ini..adala pak haji ni..selalu sumbangkan seekor lembu untuk korban...sedekah dekat masjid..aku tengok rezeki dia mencurah2 ja..pergi haji di mekah tiap2 tahun plak...xpon miskin..hehe.
2.Ahli koprat seperti Syed al-Bukhari jutawan bumiputera malaysia..buat masjid mahal2..buat institut pendidikan..bantu penjaja dengan buka kompleks baru untuk berniaga...beri sumbangan separuh gajinya kepada org susah...tgk xmiskin2 pon...siap betambah kaya lagi daripada no.10 terkaya di malaysia mendapat no.7 plak tahun nih...

So.harapan aku kita sedia maklum bahawa zakat pendapatan amat dituntut dan WAJIB dikeluarkan.kalo xtau or nak info layari lah http://www.e-zakat.com.my.Semoga kita mendapat keberkatan Allah dalam mencari rezeki.Amin..........

~HaMzY~

Friday, September 11, 2009

kU TidaK SangKa!!!!

Fuyoo...biar btui aku blog hit sampai 11899 hit?xsalah aku 3hari lepas baru 468 je hit...satu peningkatan...semoga korg leh komen n share dengan aku..thanks alot...

~hAMZy~

Thursday, September 10, 2009

FuH..Gila IT!!!!

Semalam aku geram gila!!!selepas setup new pc bg menggantikan pc yg baru guna xsampai 6bulan.wahahaha.ada satu major problem aku leh solve..xleh nak bt connection dkt server mekanikal group.adus suma data aku dlm server tu.terbantut gila!!!!!sebenarnya sudah berkali2 aku try..dh bermacam kaedah dh buat cuma lum tumbuk pc nih jer lagi..huhuhu

Yg susah skit sbb pc ni guna window vista bussiness...dah aku xbapa reti sgt dgn window jenis nih..aku heran apa..lempar pc ni melalui window baru hg tau....so terpaksala aku call sahabat ku Puan Suraya...dail 105..tut..tut...lambat gile angkat..sure kedarah roti nih..wahaha.then aku tanya 'wei puan suraya...mcm u setup connection to mekanikal group?dah byk kali ni sy bt xdapat2...geram nih....' .."ermmm...pegawai ict pun xtau?haha."balas dia dgn sinis..ermm bykla pegawai ict...aku xmau langsung jawatan nih...cukupla aduan pasal keja aku dah..ni blk ofis dpt aduan lagi...ahh...malas...'owh u leh buat?ajar saya...ok?'.Dengan pantas aku pg ke bilik dia...tengok2 dia buat mcm aku bt jer..ceh sure ada xkena dkt pc aku...geram ahh...!!!

sebelum aku blk ofis,ak pgla ke unit pentadbiran..borak2 kosong tanya skit maklumat utk updates...sampai ja ofis..fon aku bunyi..ermmm my boss call.'hamzi,petang hg pg jumpa DO SPU dkt umah dia dkt bertam goff club.Need direction please refer to hasmidar xpon call Hj Shahawai(Pengarah JKR).Dengan beraninya aku call Pengarah..'Ermm..Tuan Hj ,saya hamzi daripada JKR mekanikal...bla..bla...bla...'

So apa lagi...petang tu aku terpaksa pergi umahPegawai daerah tuh..janji pkl3.30 tapi pkl4.15 baru datang.geram aku nk jer aku lempang....hehe.nasib baik aku dibantu dengan juruteknik aku..Puan Fara yang sedang pregnant anak kedua nih...xla aku bosan tunggu diorg nih...so kami tinjau umah banglow nih..fuh..besar...menarik....pastu baru datang seorg kontraktor...dia cakap dia bt umah nih..tapi yg aku bengang dia dok asyik salahkan jkr..ckp spec jkr x okla...geram siot...dhla kitorg bagi projek tuh dkt hg...satgi aku report dkt pengarah aku...kena blacklist kot..hahah.

So Pengawai Daerah berpangkat Dato'...dah datang..tgk muda juga..dan paling best dia sporting dan mampu mendengar penjelasan aku n cadangan aku tentang pemasangan a/cond.so petang tuh aku balik agak lewat pkl530.Dan paling cian juruteknik aku yg disayangi....Puan Farah..sure menyesal ikut aku..wahahahwahah

~HaMzY~

Monday, September 7, 2009

BeBan KerJa MeLamPau!!!!

Pagi ini aku bangun awal..lepas sahur xtido2..bajet nk siapkan keja ofis yang semakin menghimpit keseronokan aku berkerja.Semalam sempat juga aku,meneliti dan mengedit sebutharga 'Contract of Service' yang aku akan laksanakan hujung bulan ni.adus bertambah pening aku nk prepare.Tapi syukur aku dah siapkan skit dan ada part2 yang aku tidak faham yang perlu dijelaskan.Geram juga aku nih...selama ini department aku ini xpernah buat benda alah nih..tup2 bila aku sampai kena buat...hampagas betui..xpela ambik cabaran...tapi banyak juga kerja perlu settle.

Kerja paling urged adalah sebutharga Sistem Pencegahan Kebakaran...dekat Makmal Kualiti Makanan.Kerja ini aku order TA aku settle.tapi macam delay je.dia pun busy sebab technian aku yang sorang ini ala mabuk mengandung..so dia terpaksa backup kerja technian ini a.k.a Fara.hehe.ermm cian juga tengok masuk hospital...tambah air..last week dia dtg ofis aku..aku gelakkan dia sbb asyik mc jer...dia jawab'En.Hamzi gelak xpa..nanti jadi dkt bini sendiri baru tau'.hahah.tapi yang paling cian aku juga...terpaksala mengoptimumkan kerja dekat TA aku sorang ini.Tapi minggu ini aku harap leh siap sebutharga ini...

Last week Pn.Firdaus (dari makmal Kualiti Makanan) call aku tanya pasal sebutharga ini...adus mampusla...macam2 aku cari alasan...kerja gov ini kena pandai bagi alasan...yela nak delay skit..hihi.aku dah janji minggu ni siapla sebutharga dia nih..takut juga nanti Pengarah dia call memang kantoi aku...xtau nk kilas mana.Sebenarnya,aku busy..byk sebutharga aku kena siapkan.last week je aku dah siapkan 2 sebutharga.nasib baik aku tergerak hati nak siapkan.kalo x..malu juga..sebabnya...Last week aku ada meeting dengan TYT a.k.a Yang Dipertua Pulau Pinang..meeting ini aku sangat malas nak pergi...antaranya sebabnya...sistem a/c di Rumah Seri Mutiara xok...Tun ni kalo silap skit jer siapla kena tembak...pastu hari tu juga meeting bab penyelnggaraan di rumah dia.huhu..memang sial....

Pagi tuh aku mengadap bos aku dan sediakan maklumat apa yang patut dekat bos aku tuh..pagi tu juga aku dapat call daripada PA TYT tanya apa betui aku yang hadir dalam meeting tuh?aku cakap yela...nanti hantar bos,dia xtau jawab kot coz aku lebih tau kerja2 di situ.yela meeting tuh kebanyakan pengarah every bahagian akan attend.mmg kecik aku dibandingkan dengan depa ni..Pagi tuh juga aku kena sound dgn bos maklumat bg xcukup...macam nih ek report hg nk bg dkt pengarah.uishh menyirap tulang usus aku (usus ada tulang ker?) bila bos sound selamba mcm tuh..dia pon tau CKM ni ssh nk buat database...saja nk cari salah aku..Mesyuarat pkl1130 aku ada masa lebih kurang 1jam untuk prepare.Dengan hati yang panas,aku masuk bilik dan buat report tuh..fuh aku check dekat database yang aku buat dulu ada data yang aku nak..selamat gilo!!!

Kring2!kring!!!Telefon aku nih berbunyi..ishhh kalo sehari hg xkaco aku dan berbunyi xsah noh...comfirm ada aduan....so diorg report dkt aku ada kerosakan bla...bla..bla...aku ambik note jer.Then aku lepas aku ambik note tuh..aku call teleponist bgtau...'Puan Mathia,saya xnak ada panggilan masuk dekat bilik saya,apapun kalo ada report or org nak cakap sila ambik report then bgtau saya akan hubungi semula'maaf hari ni saya ada misi penting'.So aku siapkan report aku..sebenarnya bos naik hangin dkt aku tuh sebab dia takut kena sound dgn TYT tuh..yela bilik tido pakcik tu ac rosak..ak geram gila dgn sistem a/c VRV nih...dah la PCB BOARD mahal tahap cipan...nak jer aku sumpah keturunan cicak yang bg litar pintas dlm PCB BOARD tuh...tolongla wahai cicak..kalo kemaruk sangat korg nak main.mainla tempat lain.A/C aku juga korg dok..tup2 mati keras kena current...xpasal2 duit RM13K melayang then paling susah aku la...bodo btui cicak nih...

Oops berbalik dengan kes sebutharga tuh..tengah sedap dok buat.tup2 dapat sms dr member sek aku..'Bro jadix join aku pergi MatJiwa?'.aduh..seganla nk jumpa cikgu2 nih..xpela jumpala lagipon dengan ajaran diorg la aku sampai tahap nih.ak balas sms 'Ok bro..aku ikut...kita ajak Boyot sekali..'.tepat pkl 1030A.M,Komet ini sampai umah aku dengan moto superbike Kawasaki.dressing macam BIKERS..macam awie tuh gitu2..ok kita pg serang umah Boyot dekat Taman Ria...tup pagi2 aku n komet mekak paling dia xbagun2..call tuh aku xtau byk mana..haram tido mati..kalo kiamat tuh harap mati dalam keimanan..hehe.Komet ini membe lama aku...sekarang ni Dokter dkt hospital Sultanah Bahiyah ,alor Star.Dulu study dekat Moscow,Rusia.

Setibanya aku sampai MatJiwa,kami terus pergi Bilik Guru..pergh...kena sound abis...awatla hg xmai..umah dekat...bla2..bla...nasib baikla cikgu ada yg still ingat aku..huhu.pastu aku jumpa ramai cikgu..borak2 kosong sampai diaorg halau balik..yela cikgu kan sekerat hari jer...lgpun bln posa ni diorg blk nk masak..apapun aku n komet hepi gile.soalan yg xleh blah yg cikgu aku tnya..'hamzi,awat hg besaq sgt!!!!'aduh..ni la antara sebab aku xmau pg sekolah..yela dulu bdn aku smart n kurus..hehe..

ahhh...aku nak sambung buat keja nih..mengantuk plak..huhu.sorila kalo xfhm apa yg aku taip.aku belasah ja..malas nk check ejaan.sume nih coretan hati aku...hhehehe.

~HaMzY~