SiLa SoKonG SaYa!!! cLicK !!!!

SeBeLuM BaCa PleASE ClIcK!!!

Friday, September 25, 2009

SAlaM LeBaraN....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
ermm cepatnya masa berlalu...terus terang aku rasa Ramadhan kali memang pantas berlalu.Ntahla apa amal ibadat aku lakukan dalam bulan ini...Semoga aku ditemukan semula Bulan Ramadhan akan datang..Amin.....

Keampunan Dan Kemaafan Dipinta

Di sini,aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya kepada sesiapa mengenali aku..salah dan silap diharap dimaafkan..sesunguhan aku ini insan yg lemah dan sering membuat kesilapan.Di hari yang mulia ku pohon keampunan + kemaafan kepada korang semua.

Hari Lebaran
Seperti tahun2 lepas,kami sekeluarga menyambut Hari Raya Pertama di Kepala Batas,umah opah aku di Pongsu Seribu.Kali semua saudara mara dapat berkumpul bersama.Memang meriah!!!Tapi tidak semeriah time aku kecik2 dulu...yela sekarang ini nama jer dok kampun..tapi cahaya pelita minyak tanah haram xnampak..ada pun sedikit sangat just untuk bebudak main mercun dan bunga api.
Aku dan family aku bermalam 1 hari sebelum raya di rumah opah...
Memang secara tradisi kampung ini akan bergotong royong memasak nasi daging dan diagihkan setiap penduduk kampung..memang aktiviti ini lama giler...seingat aku!!!Sebelum tibanya hari raya..AJK Kariah Masjid akan pergi setiap rumah untuk mendapatkan beras(kiranya derma la..ikut kemampuan) dan akan diberi satu kupon untuk mendapatkan nasi daging nanti.
Memanh aktiviti ini angat baik..tapi terasa juga aku...semasa aku pergi mengambil nasi dengan Pak Ndak aku..aku dapati tiada lagi belia-belia yang mengikuti aktiviti ini.Ke mana belia kampung ini?hehe.kalu nak harap aku harapan la....yela aku bukan kenal orang sangat balik kampung sekali sekala ja..Berdetik dalam diri aku berdoa aktiviti murni seperti ini akan dijalankan seperti tradisi.Bukannya apa...nasi daging ini akan diagihkan kepada penduduk yang berpendapatan rendah...anak2 ramai..dan kurang berkemampuan merasai kenikmatan menjelang hari raya.


~hAmZy~


No comments: