SiLa SoKonG SaYa!!! cLicK !!!!

SeBeLuM BaCa PleASE ClIcK!!!

Saturday, October 30, 2010

LaYan Dan EnjOY!!!

SaYangKU...ReNuNgan BerSama!!!




SaYangKU...InGat Tau!!!




-HamZy-

FiRST TiMe KeNa TeGur PasaL CuTi!

TErKedu...

AkU terkedu bila aku dipanggil oleh bos hanya permohonan cuti.Kisahnya begini,tanpa disedari selepas aku mula bertugas di tempat baru ni,aku mengambil cuti satu hari menyebabkan aku bekerja selama 4hari dalam seminggu selama 3minggu.Hal ini menyebabkan ketidakpuasan hati bos aku tentang pengurusan cuti aku.Seolah-olah aku cuba melarikan diri daripada tanggungjawab kerja, mesyuarat dan sebagainya.

Sebabnya aku cuti :

8/10/2010 - Majlis Perpisahan dan Persaraan Pegawai di CKM PP
15/10/2010 & 18/10/2010 - Untuk menghadiri konvo adikku di UTP,Tronoh.

Dalam bilik bos..

HaMzi:Morning Puan!
Bos:Sila duduk.Kamu nak pohon cuti lagi?Bukankah last week dah cuti.
HamZi:Puan,maaf ye saya tidak maklumkan dengan jelas cuti itu,last week saya terpaksa cuti coz pejabat lama buat majlis perpisahan saya dan saya perlu hadir bagi memeriahkan majlis itu.pegawai diraikan hanya saya sorang yang dapat hadir dan yang lain tidak dapat hadir.
Bos:So cuti ni plak?
Hamzi: Cuti ini untuk menghadiri konvo adik saya pada hari Ahad,saya terpaksa balik awal untuk membawa family saya ke sana sebabya adik saya dah pergi dahulu tiada driver.Ayah saya kurang sihat dan saya terpaksa ambik cuti hari isnin untuk berehat.
Bos:Kamu kena kawal cuti.Nanti Pengarah tanya macam mana?
Hamzi:Maaf Puan,saya cuti bersebab dan saya pohon 3hari awal.
Bos:Hamzi,kamu tidak suka kerja di sini ke?(tersentak hati aku soalan mcmni..kalo aku jawab ye,leh balik penang semula ke?hihihi)
Hamzi:Ermm..takla puan..saya ok di sini.Cuti ini kebetulan ja..maafkan saya
Bos:Kamu ambik borang tu dan buat catatan details pasal permohonan.Saya tiada masalah nak luluskan cuti dan kamu cuba kawal cuti tu..
Hamzi:Erk..ok puan.

Haha.Sebenarnya aku ada banyak cuti lagi..dan paling penting setakat ini aku belum pernah ambil MC lagi..bak MC dari swasta or hospital kerajaan.Dedikasi dan disiplin x?huhuhu.Leh dapat APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang).huhu

-HamZy-

KeSunYiaN Di KuaLa LumPuR

HaRi ini aku cuba gagahi untuk membuka blog.....

Arghh..sungguh bosan seorang diri pada masa ini.Buat apa adanya yang tidak menjadi.Aku perlu untuk sesuai diri aku dengan dunia kehidupan yang gila di sini.Hatiku begitu terasing seolah-olah dipinggir walaupun di hadapan aku di kelilingi dengan kehidupan yang sesak dan serba moden.

Seolah-olah aku kehilangan arah dan tidak sempat berpaut kepada akar-akar kecil yang berhampiran dengan aku.Terasa aku lemas dalam kesibukan di bandaraya ini.Rintihanku seorang diri dan terasa ingin menjerit sekuat kuat hati dalam gerimis hujan yang halus membasahi tingkap rumah aku.Tapi apa kan daya...tiada seorang pun dapat menolong.

Kebosanan!!

Walaupun jiwa kita sudah merdeka..laungan 1Malaysia sering kedengaran..tetapi aku dapat merasakan bahawa sikap dan sifat kejiranan ,tolong menolong telah dikikis oleh kerakusan masyarakt sekarang mengejar masa dan kemewahan.
Terus terang sudah hampir dua bulan aku di flat ini,aku belum pernah bertegur sapa dengan jiran-jiran di hadapan rumah aku.Hampir 80% penghuni di flat ini adalah penghuni berbangsa cina dan 20% adalah melayu.
Kehidupan bermasyarakat sudah dikikis dan sering disalah ertikan.Ungkapan 'Jangan Menjaga Tepi Kain Orang' telah meletakan masyarakat sekarang hilang kehidupan bermasyarakat.Aku letih melihat semua ini.

Antara Dua Darjat!!!

Pangkat..taraf pendidikan..kerjaya...pengalaman...
Aku sering keliru tentang sikap manusia yang sering megah, ego,bangga tentang ini.Dan aku sering terperangkap dalam soal ini..antara pangkat dan pengalaman.
Terus terang, aku lebih menghormati seseorang yang mempunyai pengetahuan luas daripada seseorang yang hanya tidak pengetahuan tetapi mempunyai pangkat yang tinggi.Apa gunanya sekiranya ada pangkat dan berfikiran bodoh sombong dan hanya mengarahkan kerja sahaja.Mereka-mereka ini hanya ketagihan KEHORMATAN tetapi tidak menghormati orang.Ingat kehormatan itu bukan benda yang boleh dijual beli atau boleh diperdagangkan..ianya lahir daripada ikhlasan hati.


Saturday, October 2, 2010

BLoG BeRsAwANG LaBaH!!!

TeRiMa KaSiH CKM PuLaU PiNaNg!!

"Agak lama aku mendiamkan diri dari dunia blogger...!!"

Untuk makluman, aku telah ditukarkan ke JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,memang berat untuk aku terima pertukaran ini.Tetapi disebabkan arahan kerja aku terpaksa...Kini,aku telah menjadi salah seorang yang menyesakan diri dalam dunia kesibukan di Kuala Lumpur.

Memang terasa kerinduan suasana kerja di CKM Penang..tempat yang aku datang dengan otak yang kosong dan tidak tahu langsung tentang pengurusan dan pentadbiran sebagai penjawat awam.Sedih rasanya....

Bahagian Selenggara Bangunan
Hazri,Jamil,Boon,Samad,Mahazir,Farah,Asnah,PakUsop,Pak Hamid,Che Din,Nazri,Pak Yeop

Bahagian Projek
Suraya,Hayati,Shara,Rahayu,Abu,Hajrul,Manaf,Khor,Hafizi

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
CC Asri,CC Nizam,Kak Zuraida,Kak Halijah,Miss Poh Hong,Mr.Chong,Hussein,Pian,Kak Mathia,Sham

Bahagian Garaj
Fauzi,Razak,Ibrahim,Nawi,Poad,Saiful,Jack Sparow dan geng..

Bahagian Stor
CC Rahim,Arnida,Suriati,Mail Dalca

Terima kasih semua kakitangan JKR Mekanikal.Jasamu akan ku kenang sampai bila2...Insyallah kita akan berjumpa lagi.

-HaMzy-

Saturday, February 6, 2010

TaHuN 2010!!

MaSa BerLalu TaNpa KusedaRi
Alangkah bisanya kalo aku diberi peluang untuk 'pause' masa ini..memang pantas masa berlalu sehingga aku lum sempat menoleh ke belakang...
Ermm pejam celik umor aku sudah mencecah 26 tahun untuk tahun ini.Tapi aku merasakan diri aku sudah terlalu ke belakang daripada sebaya dengan aku..meskipun aku mempunyai kerjaya tetapi terasa 'kekosongan'.Mungkinkah aku perlu menambahkan kewajipan dan tanggungjawab?

Mungkin ya atau tidak!!!!

Perlu akui ramai kengkawan aku sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata...tapi aku masih mencari sinar kebahagian..Insyallah aku masih percaya dengan takdir...selagi ada jodoh...kebahagiaan itu akan tiba akhirnya...

MaSa UnTuK KejaYaan!!
Tahun ini sedar atau tidak..adalah masa untuk aku membina kerjaya...kehidupan..dan kekayaan..hihihi.aku perlu bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup aku ..pasangan dan family aku..Insyallah..aku perlu kekuatan untuk mengcapai usaha dan kejayaan.Aminn!!


SeLagI ada RiNdu???
Lagu: Pak Long
Lirik: Pak Long
(KomPosser Lagu CinTa Pantai Merdeka)

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia



Sunday, December 6, 2009

ErTi sEbUaH PenGorBanaN!!

ToGetHer
Tetibanya aku mendapat semangat baru nak berblog nie..hehehe.Sebenarnya aku sudah lama nak share nih..tetapi terlupa...so dah ada masa skit aku try nak share dengan korang...benda nih aku dapat time aku kena kursus selama 3hari "Bengkel Intregriti Penjawat Awam'.Time tu dia share videoklip nih..so aku try cari dalam you tube dapat juga...

Dick and Rick Hoyt

Kisahnya bermula dengan pengorbanan seorang bapa kepada anaknya yang cacat semasa lahir...kerana kasih sayangnya kepada anaknya dia sanggup membuat anaknya gembira seperti kanak2 lain..kisahnya bermula,anaknya Rick yang ingin berlari seperti kanak2 sebayanya...kerana terlalu sayangnkan anaknya...dia sanggup memenhi hasratnya anaknya itu...nak tau ikuti videoklip bawah nih..dan baca true story..hehe..malas aku nak taip..hihihi..baru korang tau apa itu erti pengorbanan!!!!





~HaMzY~

TanggUngJawaB BerTambah!!!

EErmmm>>>Bosan!!!!

Bulan Disember ni, mmg banyak kenduri kawen..bak cakap technian aku bulan mengawan!!!hehehe.Thanks yang sudi jemput aku...insyallah aku akan penuhi jemputan itu...sekiranya tidak...mohon kemaafan...bukan sengaja....AgaK LAMA AKU TIDAK buka blog ni...mungkin terlalu busy dan penat menyebabkan MOOD agak 'ManDoM'..

Insyallah selepas penutupan akuan di ofis,aku akan lebih bersemangat nak update BLOG nie..Tunggu!!!!


Sunday, November 1, 2009

TiMe OuT!!!

mY wEEkENd
Every Weekend,aku selalu habiskan masa aku dengan layan Internet..macam la xda menda lain yang berfaedah leh aku buat...pastu aku tido!!!Argh...memang bosan hidup aku nih...kalau la ada awek ajak dating sure aku xtolak!!!hehe.Sure hidup aku lebih bermakna kan?hehe.Just nak share..slalunya setiap Ahad,aku akan tolong ayah aku buat kerja.Ermm nak tau apa yerk?

Ermm ini adalah ayah aku...pakcik MhD JaMIN.Dulu keja dengan TELEKOM (M) Berhad..tetapi VSS tahun 2001..sekarang beliau bekerja SENDIRIAN BERHAD...hehe.BOS=KULI..hehe.dan aku adalah 2nd PA beliau selama ini...1st PA beliau surela mak aku..makcik NORMAH.~lalalaaa.

So ayahku menjalankan bisnes secara kecil2 iaitu Coin Payphone dekat sekolah2,hospital2 dan tempat awam yang dirasakan selamat daripada vandalisme dan curi.Ermm tgk tue..ayahku busy nak setup GSM WIRELESS ROUTER.

Ni la rupanya GSM WIRELESS ROUTER...kalo xda benda alah nih mmg comfirm xjalan public fon tuh..hehe.So kalo sesapa yang berminat dengan bisness nih lehla contact aku...lehla aku ajar selok belok coin payphone coz akusecara xlangsung involve dengan bisnes ni lebih 5tahun!!Fuh lama tuh!hehe..Ermm kami bt Maintenance dekat Maktab Mahmud Baling..ssh jugala nak jalanbisness ni coz terlalu banyak competetor yang besar..!!Apapun rezeki kena cari...ALLAH Maha Mengetahui!!!

MiNda KeLas KeDuA?
Selepas kami setle maintenance dkt Maktab Mahmud Baling,kami meneruskan ke tempat selanjutnya iaitu di Maktab Mahmud Sidam Kiri plak..korang tau ker?hehe.xpela layan jer...then aku tertarik nak share dengan korang pasal nih..

Masjid ini ,kami henti solat Zohor sebelum balik rumah...sebelum balik aku sempatla pergi ke tandas...biasala tunaikan hajat..hajat kecik ja!!!hehe.

Tapi yang memeranjatkan aku bila masuk ja tandas...masjid khairiyah leh katakan cantik..tapi...

Terpampar tulisan ni..
"JANGAN MASOKAN BENDA DLM MGK TANDAS.....TOLONG-LAH"

Pergh..kesian juga aku tgk tulisan ni...memang ni kerja Tok Siak!!Sedih juga dia terpaksa merayu macam nih..sure Tok Siak ni dah Fed-Up dengan perangai hamba Allah yang xtau jaga kebersihan..huhu.Kepada yang muslim,tolongla jaga kebersihan di masjid...tolong jadi muslim minda KELAS PERTAMA!!!
Jagala kebersihan..kebersihan separuh dari iman!!!

Ermm memang panas hatiku bila masuk masjid pergi tandas teruk gile!!!Nasib baikla time aku nak balik aku terjumpa benda nih...aku pun xtau apa namanya..ni bukan gendang...tapi sejenis gendang!hehe.ERmm sapa tau benda apa nih?aku rasa TABUH...itu pun aku teringat lagu Raihan~Peristiwa Subuh!Setahu aku fungsi tabuh ini adalah untuk memberitahu masuknya waktu solat dan kalo di kampung aku ,ia juga digunakan untuk memberitahu ada kematian di khairiyah or dalam kampung tuh.

LAGU : PERISTIWA SUBUH
PENYANYI :
FADLY&NATASHA




p/s : Ermm teringat dulu2 sering subuh gajah dan dinasor!!!huhu.sekarang dah berubah kot!!!hehe

~hAmZy~

Wednesday, October 28, 2009

KeDeKuT Kah Aku Nih???

KuRsUs SKALA!!!
Ermm..malam ni aku ada kekuatan untuk share skit dalam blog nih...(sambil layan MOCCA~lalalaala).Hari ni aku balik ofis lepas solat magrib..so sampai umah jam 8.05PM..aku balik awal hari ni sbb bilik aku kena renovaion..so ada kerja2 pecah dinding n rewiring..Fuh,nasib baik hari bermula 27/10-29/10/09 aku ada kursus SKALA di JKR DTL.So xla rasa ketensenan bunyi drill yang bising tuh.

Kursus SKALA ni agak bagus..Terus-terang sebelum ni aku hanya dengar jer pasal SKALA nih.sebabnya aku xjaga projek persekutuan so sistem ni xla aku guna.Untuk makluman SKALA ni adalah Managemant Tool untuk monitor projek2 di bawah JKR.So malas nak ulas tentang kursus ni...tapi yang penting dalam kursus nih suma peserta kena bawa laptop sebabnya Sistem SKALA ini like software..so dalam ramai2 peserta aku la peserta paling mangkuk yang xbawa laptop...mana aku ada laptop!!!!destop ada la....huhu.

JoM MeNaBunG!!aDa BeRaNI??

Malam ni aku jadi blogwalking...hehe.saja dok usha2 blog awek2 cun2..haha.Tup2 terjumpa blog Irfan Khairi (Jutawan Internet),apa lagi layan tips-tips nak jadi Jutawan..hehe.Dalam banyak2 entry yang dalam blog tu..aku tertarik tentang tips ni untuk aku share dengan korang..tajuk entry tersebut adalah...
---->>

DuiT Sen vs DuIt KerTas



Tip Kewangan ini khas untuk korang yang susah nak save duit… sampai hujung bulan, sedar-sedar takd3duit yang dijimatkan.So kepada korang yang pemboros+ xsempat nak saving lehla ikut tips ini.Insyallah aku akan start bulan depan dengan tips ini...ChAiYO0o....... HaMzY!!!!

Tipsnya adalah------>>>Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…

Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…

50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.

Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…

Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi

Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, korang simpan dalam tabung.

Serius aku rasa kalo kita buat tips ini dan amalkan selalu kita leh saving sebulan paling kurang pun RM15 sebulan..so lepas pakatla kita buat tabung untuk duit syiling kita..

P/s: Comfirm wallet aku xde duit syiling lepas nih..hehehe..So AdA BeRaNi buat tips ni??

~HaMzY~

Sunday, October 25, 2009

LaYan MoCCa = JiWaNg??

AdAkah Aku seoRang YanG JiwaNg???
Wah malasnya nak update blog..hehe.So apa lagi layan You Tube...tiba2 teringat nak search sesuatu...terlintas dalam otak ni nak taip MOCCA!!Yes..time dkt UTM aku dok layan lagu nih...time aku buntu buat Final Year Project..haha "IMPACT EXTRUSION OF ALUMINUM ALLOY".Pergh mmg dasat projek ni,silap2 leh aku fail dan xgraduate lagi..haha..

Just info pasal Band Mocca nih..seingat aku adik aku hanafi yang bg aku test dgr lagu diorg nih..mula naik menyampah aku tengok tiap2 hari dia dok laya lagu nih...Adik aku ni seorng yang minat indie band..ntahla sebelum Kumpulan Hujan..Meet Uncle Hussain...n bla..bla2... sebelum depa menetup adik ku layan lagu tuh dulu..so dia yang jadi informer aku dalam bidang muzik2 nih..hehe.

So aku nak cerita Band Mocca nih...band ni antara indie band yang agak famous dkt indonesia..yang menariknya lagu yang bawa best dan sedap..pastu penyanyi vokal ada perempuan..hehehe.Jom la layan mana tau korang pun suka..hahaha

MOCCA and their SongS













p/s : ermm..sowila kalo korang xsuka..aku layan lagu ni just suka2 tp bukan bermakna aku seorang yang jiwang!!!!Peringatan aku bukan seorang yang JIWANG!!hehehe.

~HaMzY~