SiLa SoKonG SaYa!!! cLicK !!!!

SeBeLuM BaCa PleASE ClIcK!!!

Tuesday, May 19, 2009

KoNVenSyen KmK 2009

Al-kisah bermula di sini......

Aku masih teringat 1st time aku terlibat dengan KMK adalah tiada niat dalam hati untuk menyertai.Ini adalah kes paksa-rela yang sering aku hadapi di JKR CKM ini.Dan kerja Tai-Chai!!!Puncanya bermula Pn Hayati (PPM-Projek) yang call aku seawal pkl 745 A.M just remind aku bahawa ada kursus KMK dkt KOMTAR.Arghh...awat tidak cakap awal2...so terpaksala tangguh kerja yang aku plan.Sebenarnya aku suka buat planning kerja untuk esok sebelum aku balik.Bukannya apa...untuk just reminder for pilih kerja mana urgent or sebaliknya.So aku terpaksala mendengar taklimat KMK sampai petang.Habis masa bekerja aku satu hari...So Apa itu KMK?KMK=Kumpulan Meningkat mutu Kerja.Like QCC dan ICC yang dekat private sector.Aku tiada masalah dengan KMK ini coz aku ada pengalaman time practical dulu dengan Hicom-Honda MFG Sdn.Bhd. pernah join team QCC ini.

Selama sebulan kami sekumpulan bertungkus-lumus menyiapkan KMK ini untuk Konvensyen ini.Untuk pengetahuan aku dilantik sebagai Ketua Kumpulan.Satu tugasan yang berat menanti aku.Sebenarnya aku tidak kisah pun masuk KMK ini,sebab aku berjanji pada diri sebelum aku join gov aku akan belajar apa sahaja sekiranya diberi peluang or dipaksa.Then bila sudah dapat exprience barula aku boleh penilaian diri.Berbalik kepada KMK ini,Aku mengetuai kumpulan yang digelar KUMPULAN ERA dan Puan Hayati sebagai Fasilitator.Kumpulan ini terdiri daripada 10 orang ahli (3 lelaki,7 perempuan).Melalui persepsi staff2 lama JKR CKM PP, KMK ini adalah satu program yang membebankan dan tiada faedahnya.Dengan itu,penglibatan secara suka-rela amat sukar dan kerjasama antara ahli amat sukar dipupuk.Dengan itu,pelbagai masalah akan timbul sekiranya ingin penyertaan KMK di kalangan staf CKM.Masalah ini terjadi hampir setiap tahun dan kebanyakan staf akan memberi 1001 alasan untuk melepaskan diri untuk KMK ini.Alasan yang diberi adalah:

1. Tahun lepas saya sudah masuk,bgila peluang untuk orang yang belum masuk.....
2. Saya tidak boleh masuk sekiranya dia masuk....
3. Saya dah nak pencen bagila peluang staff2 baru pulak....
4. 1001 alasan lagi untuk melepaskan diri.....

So ini halangan pertama aku kena tempuhi untuk maju.Alhamdulilah,syukur tahun ini ramai penglibatan staff di kalangan staf muda2 dan boleh bagi komitmen untuk KMK.Dengan itu, aku telah beri brief ringkas tentang hasrat dan harapan aku dalam penyertaan KMK tahun ini.Diharap semua ahli faham....harapan aku amat mudah...aku cuma nak menang...menang sesuatu yang boleh dibanggakan..bukan hanya untuk memenuhi SKT (Sasaran Kerja Tahun) Pengarah JKR sahaja.Harapan aku juga semoga setiap ahli dapat setup dan tune momentum macam dikehendaki oleh aku.Alhamdulilah...segalanya terbalas pada hari ini...Kami KUMPULAN ERA berjaya mencatat sejarah mendapat tempat kedua untuk Kategori Persembahan Teknikal dan memenangi Persembahan Projek KMK Terbaik untuk JKR seluruh Pulau Pinang bertempat di ILP (Institut Latihan Perindustrian),Bertam.Sekalung tahniah kepada setiap individu yang terlibat.Sesungguhan keikhlasan,keazaman,kerjasama anda semua amat dihargai.Sweet memory with KUMPULAN ERA!!!!

KUMP : KUMPULAN ERA
JABATAN : JKR CAW.KEJURUTERAAN MEKANIKAL
TAJUK : KEKERAPAN PEMBAIKAN SEMULA PERMUKAAN DINDING SELEPAS PEMASANGAN TIUB PENGHAWA DINGIN PADA BANGUNAN BARU.
FASILITATOR : PN HAYATI
KETUA KUMPULAN : HAMZI
AHLI-AHLI :
1. SOPIAN
2. ABU
3. SHADIRA
4. ARNIDA
5. SHARA
6. NANI
7. FARA
8. AYU
9. ASNAH


~HaMZy~


5 comments:

Anonymous said...

ehm..paham..tumpuan kpd kmk mmg memenatkan...sampai tak sempat join bowling semalam kan?!!!

Anonymous said...

dh anta ke bantahan tu??panaszzz..panasszz...

MoHd KhAiruL HaMzi B. MhD JaMin said...

ermm....biar jela kot...maybe ada hikmah sebaliknya...insyallah...kami akan usaha lagi..tahun depan maybe ppm lain yang takeover coz sy dah gagal membawa team ni menjuarai kmk2009.bye..kumpulan ERA!!!!

zulkola said...

wei ramainya prmpuan, patut ar bleh menang..

MoHd KhAiruL HaMzi B. MhD JaMin said...

haha..ni kes paksa-rela kola....