SiLa SoKonG SaYa!!! cLicK !!!!

SeBeLuM BaCa PleASE ClIcK!!!

Tuesday, May 19, 2009

KoNVenSyen KmK 2009

Al-kisah bermula di sini......

Aku masih teringat 1st time aku terlibat dengan KMK adalah tiada niat dalam hati untuk menyertai.Ini adalah kes paksa-rela yang sering aku hadapi di JKR CKM ini.Dan kerja Tai-Chai!!!Puncanya bermula Pn Hayati (PPM-Projek) yang call aku seawal pkl 745 A.M just remind aku bahawa ada kursus KMK dkt KOMTAR.Arghh...awat tidak cakap awal2...so terpaksala tangguh kerja yang aku plan.Sebenarnya aku suka buat planning kerja untuk esok sebelum aku balik.Bukannya apa...untuk just reminder for pilih kerja mana urgent or sebaliknya.So aku terpaksala mendengar taklimat KMK sampai petang.Habis masa bekerja aku satu hari...So Apa itu KMK?KMK=Kumpulan Meningkat mutu Kerja.Like QCC dan ICC yang dekat private sector.Aku tiada masalah dengan KMK ini coz aku ada pengalaman time practical dulu dengan Hicom-Honda MFG Sdn.Bhd. pernah join team QCC ini.

Selama sebulan kami sekumpulan bertungkus-lumus menyiapkan KMK ini untuk Konvensyen ini.Untuk pengetahuan aku dilantik sebagai Ketua Kumpulan.Satu tugasan yang berat menanti aku.Sebenarnya aku tidak kisah pun masuk KMK ini,sebab aku berjanji pada diri sebelum aku join gov aku akan belajar apa sahaja sekiranya diberi peluang or dipaksa.Then bila sudah dapat exprience barula aku boleh penilaian diri.Berbalik kepada KMK ini,Aku mengetuai kumpulan yang digelar KUMPULAN ERA dan Puan Hayati sebagai Fasilitator.Kumpulan ini terdiri daripada 10 orang ahli (3 lelaki,7 perempuan).Melalui persepsi staff2 lama JKR CKM PP, KMK ini adalah satu program yang membebankan dan tiada faedahnya.Dengan itu,penglibatan secara suka-rela amat sukar dan kerjasama antara ahli amat sukar dipupuk.Dengan itu,pelbagai masalah akan timbul sekiranya ingin penyertaan KMK di kalangan staf CKM.Masalah ini terjadi hampir setiap tahun dan kebanyakan staf akan memberi 1001 alasan untuk melepaskan diri untuk KMK ini.Alasan yang diberi adalah:

1. Tahun lepas saya sudah masuk,bgila peluang untuk orang yang belum masuk.....
2. Saya tidak boleh masuk sekiranya dia masuk....
3. Saya dah nak pencen bagila peluang staff2 baru pulak....
4. 1001 alasan lagi untuk melepaskan diri.....

So ini halangan pertama aku kena tempuhi untuk maju.Alhamdulilah,syukur tahun ini ramai penglibatan staff di kalangan staf muda2 dan boleh bagi komitmen untuk KMK.Dengan itu, aku telah beri brief ringkas tentang hasrat dan harapan aku dalam penyertaan KMK tahun ini.Diharap semua ahli faham....harapan aku amat mudah...aku cuma nak menang...menang sesuatu yang boleh dibanggakan..bukan hanya untuk memenuhi SKT (Sasaran Kerja Tahun) Pengarah JKR sahaja.Harapan aku juga semoga setiap ahli dapat setup dan tune momentum macam dikehendaki oleh aku.Alhamdulilah...segalanya terbalas pada hari ini...Kami KUMPULAN ERA berjaya mencatat sejarah mendapat tempat kedua untuk Kategori Persembahan Teknikal dan memenangi Persembahan Projek KMK Terbaik untuk JKR seluruh Pulau Pinang bertempat di ILP (Institut Latihan Perindustrian),Bertam.Sekalung tahniah kepada setiap individu yang terlibat.Sesungguhan keikhlasan,keazaman,kerjasama anda semua amat dihargai.Sweet memory with KUMPULAN ERA!!!!

KUMP : KUMPULAN ERA
JABATAN : JKR CAW.KEJURUTERAAN MEKANIKAL
TAJUK : KEKERAPAN PEMBAIKAN SEMULA PERMUKAAN DINDING SELEPAS PEMASANGAN TIUB PENGHAWA DINGIN PADA BANGUNAN BARU.
FASILITATOR : PN HAYATI
KETUA KUMPULAN : HAMZI
AHLI-AHLI :
1. SOPIAN
2. ABU
3. SHADIRA
4. ARNIDA
5. SHARA
6. NANI
7. FARA
8. AYU
9. ASNAH


~HaMZy~


Saturday, May 16, 2009

SharIng InFo!!!

Did You Know?

Blood type and Rh

How many people have it?

O +

40 %

O -

7 %

A +

34 %

A -

6 %

B +

8 %

B -

1 %

AB +

3 %

AB -

1 %



Does Your Blood Type Reveal Your Personality?


According to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types.

How do you rate?

TYPE O

You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.

TYPE A

You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.

TYPE B

You're a rugged individualist, who's str aightforwa rd and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.

TYPE AB

Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.


MOST IMPORTANT INFO NOW:


REGARDS, MANIKANDAN,

You Can Receive

If Your Type Is

O-

O+

B-

B+

A-

A+

AB-

AB+

AB+

YES

YES

YES

YES

YES

YES

YES

YES

AB-

YES


YES


YES

YES



A+

YES

YES



YES

YES



A-

YES




YES




B+

YES

YES

YES

YES





B-

YES


YES






O+

YES

YES







O-

YES







REGARDS, MANIKANDAN,

Thursday, May 14, 2009

MaLanG MeniMpa HaMzY BerSaMa MoToRnYa!!!

Argh..tensennya!!!Tu ungkapan aku boleh ungkapkan dari mulut aku..semasa aku balik umah selepas melepasi Plaza Tol Sg. Dua...motor aku seolah-olah semakin perlahan...daripada 110km/h tup2 dah drop sampai 80km/h.Ceh!!!Sah motor ini pancit...aku sempat lagi tengok jam tangan aku...argh...dalam hati "errmm silap2 boleh kantoi maghrib ini".huhu.aku pun terpaksa berjalan sambil menolak motor ini...wah....jauh lagi nih...aku mempunyai option yang bermain dalam kotak fikiran aku masa itu...:

OpTIon:

1. Tolak motor sampai Plaza Tol Bertam dan cari kedai motor dekat pekan Kepala Batas.

2. Tolak motor sampai Plaza Tol Sg.Dua balik dan cari kedai motor terdekat or call sepupu aku untuk bantu aku.

Aku memilih option 1 disebabkan aku lebih tahu kedai2 area pekan Kepala Batas.Aku terus menolak motor..sempat juga aku menoleh ke arah kanan..ermm KMPP(Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)!!!(eh kenapa ramai student nih...hari tu kosong jer..owh rupanya student baru masuk 11 Mei 2009 hari tu.).Aku sempat tersenyum teringat akan kenangan di KMPP even peluh ni membasahi baju.hehe.Kenangan belajar selama setahun bermula 2002-2003.hehe.Aku teruskan kerja menolak motor nih..uish berat btui motor ini...mula aku terfikir nak pakai kereta nih...xpun akhir bulan nih aku tukar tiubless untuk motor aku nih....hehehe.Tiba-tiba,adalah ada bunyi hon ...phin!!!..pinnn!!! dari belakang aku....eh ada orang nak pau aku ker?aku mula terfikir...dengan cepat aku ambik kunci motor aku dan gengam erat-erat...kalau dia serang aku ,aku nak tumbuk muka dia...dahla tengah tensen ni...penat plak...hehe..pastu dia bunyi hon lagi..aku toleh belakang..."Hello!!!Motor Pancit ka?".tanya uncle ni.Geram juga dia tanya soalan tuh....nak ja aku tampar muka uncle nih...tanya soalan bodoh!!!..dah la penat nih..hehe...aku sempat tengok dalam raga moto uncle nih ada pam dan tiub..ermmm sahla dia nih kaki tukar tayar dekat highway.Bermula dialog aku dengan uncle berbangsa India nih .

Uncle : You orang mana?Dekat mana kena pancit?
Hamzi : I keje dekat area Jelutong. I kena dekat area tuh!!!(sambil aku tunjuk area tu...cilak btuila sapa yang buang paku nih).
Uncle: You kena tukar tiubless kalau you keja jauh nih!!!
Hamzi : Memang I nak tukar Uncle..duit tarak ada...(sambil Uncle tuh buat kerja dia,aku ambil wallet aku dan simpan duit selebihnya...tinggal RM18 jer..kalau dia cekik darah aku bg jela RM18.ahahah.jahat x aku?haha).
Uncle: Umah you dekat mana?
Hamzi: I dok taman Sejati.
Uncle : I dok Taman Kempas dekat ja dengan you...I buat kerja part-time jer nih..I keja dekat Balik Pulau..I keluar umah awal...then semasa I pergi kerja kalau ada orang pancit I buatla kerja nih.Balik pun sama!!.
Hamzi : Wah!!bagus juga idea uncle nih..(leh tambah income tapi aku harap dia x guna taktik kotorla..tabur paku n besi atas jalan raya.hehe)
Uncle : Ermm dah siap!!!
Hamzi : Uncle bape ek?(pelahan gile aku tanya tuh...harap2 dia cekik darah)
Uncle : RM15.00!!!
Hamzi : Thanks Uncle!!!

Uish..bagusla normal tukar tiub bodoh2 RM10 tapi ni dekat highway ok jugala...time tuh juga aku minta no uncle tuh..mana tau ada kes pancit lagi lehla call dia aku dia on the way pergi or balik kerja.hehehe.


Lepas tu aku pecut balik ke rumah...argh..letihnya.....harap kejadian tidak berulang..dan aku akui risiko untuk aku dapat tayar pancit adalah tinggi...aku Setuju!!!!!

~haMzY~

Monday, May 11, 2009

SyukuR Kepada Tuhan Maha Esa!!!!

Alhamdullilah...syukur kepada Tuhan..

Ibuku...Pn Normah Sudah keluar daripada hospital selepas menjalani operation daripada 25 April -11 Mei 2009.Semoga kesihatan mak akan pulih seperti biasa..Insyallah..

Hari ini,aku seperti biasa...agak busy menjawab surat-surat rasmi berkenaan Unit Selenggara Bangunan...aku habiskan separuh masa aku dengan menaip/reply surat utk tugasan rasmi.Hari ini juga Unit,aku menerima seorang Practical Trainee daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).namanya Haziq umur 21 tahun..ermm sebaya dengan adikku Hanafi.budak Diploma berasal daripada Kulim.First day dia dalam unit aku,cian juga aku tengok...tidak tentu arah aku tengok...hehe.sampai ikan-ikan dalam kolam depan unit aku tuh pun dia layan...hahaha.Sowila hari ini aku busy skit...aku terpaksa pergi KOMTAR, SPRM dan Dewan Undangan Negeri.ada hal perlu setle.Selepas selesai urusan formal aku tuh,aku tgk Haziq ini penuh kebosanan..yela bdk baru masuk praktikal penuh dengan cahaya semangat untuk berkerja..ermmm semangat itu teringat time aku praktikal pada tahun 2006 dengan sahabatku ZulKola...kami praktikal dekat Hicom-Honda Manufacturing Sdn.Bhd. Sg Petani, kiranya kilang ini dekat sangat dengn umah aku...time tuh Kola tumpang umah aku selama 10 minggu.

Pukul 4.30PM aku panggil haziq masuk bilik aku...aku minta dia explain apa yang dia nak belajar dekat unit Selenggara.Dia macam blurr je.So aku ambik pen dan sehelai pen,tu mmg cara aku untuk explain dekat orang...ntah memang terbiasa buat macam tuh.maybe aku nih bukan seorang good presenter sebab tu terpaksa sketch or tulis untuk build up my comfident.Aku explain satu persatu apa yang dia patut tahu...dan aku try bg draf practical training dekat Unit.Wah...terpancar cahaya keseronokan Haziq nih..siap cakap terima kasih En.Hamzi sebab explain dekat dia..ermm sebenarnya aku tahu apa yang dia nak.tapi aku just nak tengok macam dia nak handle situasi time bekerja..Bukan mudah kalau nak dapat ilmu itu kalau kita tidak cari sendiri...mana boleh suap ja...

Untuk tahun ini,aku akan try pertingkatkan kualiti pengurusan budak2 praktikal di bawah JKR CKM.Kalau leh biar diorg dapat feel cara bekerja di gov.Aku kesian juga tengok kebajikan bdk2 praktikal trainee terabai..dan cuba nak elak daripada persepsi orang ramai bahawasanya praktikal di JKR xde apa2 yang leh belajar..ini cuma perancangan aku jer..xtau la berjaya or tidak.yang penting ada perubahan skit.Insyallah...mudah-mudahan aku ada sedikit masa untuk guide bdk-bdk ni.

Penat juga aku di CKM nih...aku ada byk plan perubahan utk CKM...insyallah aku akan move slow2 utk upgrade pengurusan Unit Selenggara.Di gov nih bukan leh buat perubahan besar nanti melompat plak staf2 masalah nih..hehe.lagipun aku xcukup power untuk try ubah dasar underground staf2 nih...tunggu la suatu masa nanti...bila HaMzI SemAkiN DewAsa!!!!

~HaMzY~

p/s: Sowila ejaan silap coz nak cepat2...xcheck pon post nih...mengantuk sangatla...:P

Sunday, May 10, 2009

SeLaMat Hari IbU

Bulan Mei tahun ni cukup bermakna bagiku...tahun ini aku tersedar dengan sangat mendalam tentang pengorbanan seorang ibu merangkap seorang isteri dalam sebuah keluarga..Hari ini aku mengambil kesempatkan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Puan Normah Binti Jusoh.Ibu yang ayong amat sangat sayangi..ayong pohon seribu kemaafan di atas kekasaran dan kesalahan ayong lakukan disedari atau tidak sedari selama mak melahirkan ayong....ayong harap mak dapat kuatkan semangat atas dugaan Allah berikan..memang itu dugaan paling besar mak tempuhi dan harus bersabar.Sebagai seorang anak, ayong berusaha akan menjaga mak dan family ini...berdoa semoga kesihatan mak semakin baik...dan keluar hospital menjalani kehidupan biasa...

Sesungguhnya...tanpa kehadiran mak dalam rumah ...amatla dirasai...hidup kami sebagai anak agak tidak terurus...dan kami akui pengorbanan mak dalam keluarga ini terlalu banyak dan kami sebagai anak tidak dapat menyaingi nya...Hanya Allah sahaja akan dapat menilai...

uNtuk Renungan Bersama...dan Selamat Hari Ibu...




"Mak,Kami Sayang Mak!!!"

~HaMzY~

Saturday, May 2, 2009

KeRja HaKiki Vs KerJa Tai-CHi

Kesibukan Melampau!!!!!!

Itu satu ungkapan yang aku boleh lafazkan sekarang...Sejak aku bergelar Jurutera Kerajaan ini...aku teringat kengkawan batch aku terutama Gaban.Ala kerja gov...leh makan kacang jer...dulu aku ingat macam itu la tetapi ternyata hipotesis itu meleset malah tidak betul..So di sini aku ingin nak betulkan statement korang yg ckp JKR ini bukan "Jangan Kerja Rajin".

Di sini aku ingin terangkaN sedikit istilah-istilah dalam gov.

KeRja Hakiki
Sesuatu kerja atau tanggungjawab yang diberi semasa bertugas dan harus dilaksanakan mengikut ketetapan yang diberikan.

KerJa Tai-CHI.
Membuat kerja bos yang pemalas,dan terpaksa menanggung kerja lain selain kerja hakiki.Erti kata lain..kerja xmau buat tapi suruh orang bwhan yg buat.huhu.

Sejak aku dok Di JKR Penang ini,selain kerja hakiki aku sebagai Ketua Unit Selenggara Bangunan dan Fasiliti.Ini adalahkerja sampingan aku..:

1. Pegawai Pembuka Sebut Harga.(dulu jer tapi sekarang dah masuk Board Sebut Harga)
2. Pegawai Penilai Sebut Harga (Sure Kontraktor berbuat baik dengan aku ni...yela nak tau harga tender or JKR Estimate.Jgn Harapla..)
3. Ketua Kump KMK (Kump Meningkatkan Kualiti)
4. Ahli Lembaga Teknikal PERDA
5. Ketua Unit ICT
6. Pengurus Sukan JKR CKM
7. Pegawai Penilai Teknikal Untuk Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
8. Ntahla dah lupa plak...huhu

SeMakin Hari SeMakIn MeNcaBar!!!

Argh...Dah lama rupanya aku tidak aktif dalam dunia penulisan ini.Maafla kengkawan yang selalo mengikuti coretanhamzy.Terus terang katakan skrg ini , aku terlalu pentingkan kerja sehingga kehidupan aku tidak balance.Ini terjadi apabila salah seorang Senior Mechanical Engineer JKR CKM(Caw.Kejuruteraan Mekanikal),En Yahyatu Nizam telah dinaikkan pangkat ke J44 dan bertukar ke JKR Kedah.Memang sedih gile,beliau ibarat sifu aku...belum sempat aku menimba ilmu lagi..tapi aku sentiasa ingat pesanan beliau kepada aku pada lastday di JKR Penang..

Pada petang itu,aku dengan En.Yahayatu melayan pingpong sepam dkt bilik riadah.Sambil bermain kami diskuss dan share apa2.Untuk info,beginila aku mencari ilmu or menuntut ilmu tentang management,ilmu technical,masalah2 di tempat site,mcmna nak handle staf yang beso kpala..tua dan lain2..

En.Yahyatu : Hamzi,ingat pesan saya...kamu xboleh beli or harap respect daripada staf kamu!Kamu perlu beri respect kamu dkt depa,therefore kamu boleh dapat komitmen daripada diorg.Percayalah...

Hamzy : Adus, susahla mcm nih...kalo En.Ya (panggilan manja) xda mcmna saya nk survive ni!!!

En.Yahyatu : Saya percaya kamu boleh adapt ini..kamu cepat adapt di sini...

Hamzy : tapi....ermmm...xbolehla....ilmu xcukup lagi...gov ni pekeliling banyak sangat nak kena follow..tapi kerja kena laksana...susahla En Ya xda..sapa nak guide saya nih...

En.Yahyatu : Mesti boleh punya...kamu ini kump P&P (Pengurusan dan Profesional).Ingat hamzy,jgn terlalu jump to conclusion...beri masa nak cari solution.Kamu di JKR Negeri xsama dengan JKR Federal..dkt sini semua kamu kena handle dan buat...pesan saya untuk hendak jadi seorang bos yang baik,kamu perlu kenal staf kamu...bukan sekadar nama atau jawatan..kalo leh kena tahu sampai berapa anak dia ada...dia suka apa...so nanti kamu xla discuss pasal kerja kalo berborak..Ini pesanan Bos saya dulu time di KL,so saya turun nasihat ini dekat kamu...

Errrmm..tu je yang aku teringat,lain2 dah lupa sebab dok layan main pingpong.hehehe.Anyway,aku ucapkan sekalung penghargaan kepada EN.YahYatu Nizam atas perlantikan beliau..aku akui mmg JKR Penang kehilangan Staf yang berdedikasi tapi semua kena akur ini adalah Career Development beliau.Semoga beliau selesa di tempat yang baru dengan suasana yang baru.