SiLa SoKonG SaYa!!! cLicK !!!!

SeBeLuM BaCa PleASE ClIcK!!!

Saturday, September 26, 2009

TeLur DulU Or AyaM Dulu???

HaNtaR MizaH Ke SAINA!!!!
Ermm malam ini bosan sungguh...sebabnyaa adik bongsu aku telah balik ke hostel...kalau dia adalah mangsa sakat aku..haha.Tinggal Napi jer...dia pon balik selasa ini...Penat juga hari,selepas hantar adik ke SAINA,lawat umah member mak dan pergi open house Pak Ndak aku di Pokok Sena , Alor Star.huhu.Tepat pkl 9.00 pm baru sampai umah..Bajet nak buat kerja ofis..tapi..macam malas jer...huhu.

TeLur DulU Or AyaM Dulu???
Akibat melayan kebosanan tangan aku mula surf internet...tup2 teringat nak buka gmail...wah banyak inbox...230 unread message?pergh...so aku baca dan delete la email2 yang menyemak inbox ini..So aku tertarik dengan satu email ini...tapi just funny picture jer..pasal telor ayam..haha.Menarik giler..haha.
Then,baru aku teringat nak buat satu post pasal telor ini..

Persoalan:
Antara telor dengan ayam..siapa yang dulu?

Ermm adakah ini suatu teka-teki or persoalan yang kita perlu ketahui????
Mari kita kupaskan hal ini bersama....hehehe.sebenarnya aku masih teringat isu ini diperdebatkan oleh cikgu-cikgu aku di sekolah..time tu aku baru jer Form3 dan isu ini diketengah pada Hari Guru ketika itu.Memang lucu giler yela masing-masing try untuk mengeluarkan hujah yang bernas!!!



Ntahla macam mana ek aku nak kupaskan isu ini...bermacam-macam teori dan fakta dibahaskan namun tiada jawapan terhadap ini.Jom kita tengok alasan-alasan diberi..

Kepada yang sokong Telur....???
Antara idea dan hujah dikemukakan adalah...
Surela telur dahulu dari ayam :
1. Orang akan sebut perkataan telur dulu dari ayam ~ Telur Ayam - 1 Point!!!
2. Telur yang menetaskan ayam so....telur la... - 1 Point!!!!




Kepada yang sokong Ayam....???
Antara idea dan hujah dikemukakan adalah..
1. Kalau kata guru agama atau sejarahwan adalah jawapannya ayam. Soalnya dulu waktu Nabi Nuh waktu mau naik ke kapal dia membawa masing2 sepasang dari setiap binatang. - 1 Point!!!
2.
Kalau diciptakan ayam terlebih dahulu, maka ayam itu dapat bertelur dan mengerami telurnya sampai menetas.Tapi jika telur diciptakan terlebih dahulu, maka tidak ada yang mengerami sehingga telur itu tidak dapat menetas.Maka lebih setuju kalau ayam ada terlebih dahulu. - 1 Point!!!
3. Ayam dulu kerana ayam mengenal telur tapi telur tidak mengenal ayam.Ayam kenal telur kerana ayam yang mengeluarkan telur.Tapi,telur tidak mengenal ayam sebelum dia keluar dari cangkangnya.Benarkan?
- 1 Point!
4. Ayam dulu la..A=Ayam,T=Telur.huruf mana paling awal?sure A=Ayam!!!ermm leh terima ke?? - 0.5 Point!
5. Jika bawa telor dan ayam ke pertandingan lumba lari..Agak2 sapa yang akan sampai dulu ek??huwahaha..hahah - 2 Point !!!.



ermm nasibla ko telur...aku pun malas nak fikir..pening kepala..huhu



ermm 2 hari aku mengambil masa untuk post entry ini..memng malas nak fikir...ahhhh!!



Sahabat-sahabat aku..tolong aku dapatkan idea nih..!!!



Siapa sokong telur?cepatla counter balik...ermm hamzy dulu mulut laser juga...betui ker?haha



Korang tau mkn KFC jer...bagi entry ini pon xtau nak jawab..haha.jom kita pekena ayam RADIX..best ooo....!!!100% halal...tanpa was2 ooo!!!



Ayam kot.....????mmmmmmmm



Telor pun leh jadik juga kan2????errmm!!!



Dan akhirnya..aku bertanya kepada sahabatku pcot...kwn utm dulu sekarang tunang org..heee.sowi aku post comment hg!!!hhahaha

Sila click di bawah ingin ketahui....hehehe


























Nasibla korang telor dan ayam...!!!aku apa kisah...telor pon aku makan....ayam pun aku sentak!!hahahahaa


Friday, September 25, 2009

Arghh..MalaSnya DiRi Ini!!!


Kemalasan + Kekusutan
Setelah mengambil cuti sebanyak 4 hari semperna Hari Raya tahun ini,badan ini rasa lemah sesangat ja
nak pergi kerja isnin ini.Fuh..dahla aku kena punch card pkl 7.30am.Ini gara-gara nak balik awal pkl 4.30 pm time bulan Ramadhan.hehe.Xpela lagipun nak hujung bulan jer,bulan depan masuk pkl 8.00 am
Sengaja aku ambik cuti lebih..plan nak rest kejap...sebelum raya banyak kerja gila..banyak aduan...dan banyak plak projek aku kena handle dan siapkan sebelum tahun depan.

Inspite of being such a complicated Railway network, we never hear about any accidents in Frankfurt Germany

Gile ahh...xkan cuti2 aku nak buat keja kot..kalau xbuat maybe bertambah kusut kepala otak aku..alhamdulilah semalam aku telah siapkan satu Database untuk Unit Senggara Bangunan dan Fasiliti~unit aku la ini.hehe.Database ini untuk merekod dan buat dokumentasi segala aktiviti penyelenggaraan..pembaikan...kewangan dan prestasi peruntukan perbenlanjaan di bawah kendalian aku.
Pergh..dua hari aku pulun siapkan tido tiap malam pukul3.00 am..berpinar bola mata aku buat database ini..pastu study sendiri plak macamna nak buat databased guna MS ACCESS.Mula2 pening juga pastu baru leh..yela aku kan bodoh IT skit..tup2 macamna plak aku dapat hidayah dan leh buat pastu semangat giler!!!

Dan Akhirnya....maka terciptala hasil improvement dan copycat :

Database setelah penat memerah otak!!!hamzy punya!!!

ermm..dah siap pun..ha..tahun depan aku selaku Ketua Unit Senggara Bangunan dan Fasiliti akan mewajibkan kena update database ini..baru senang skit aku nak buat report dan monitor performance kerja dan kontraktor..haha

Ingin ketahui mengapa database ini amat penting??

1. Untuk pengetahuan,sistem rekod di CKM PP amat lemah..guna prosedur manual...fail-fail yang serabut!!!
2. Susah nak detect Status Inden untuk proses pembayaran....
3. Susah aku nak buat report kewangan secara terperinci dengan kos terlibat untuk diberi kepada pelanggan..ermm SPRM minta report sampai hari ini aku xbagi lagi coz ada masalah ini...huhuhu.giler ahh..
4. Susah gile aku nak sediakan report dan monitor kerja bila inden ini hanya ada pada individu yg terlibat.contohnya jika juruteknik aku xde..so aku akan hilang akal nak cari inden tu,,pastu ...huhuh
5. Paling penting adalah aku xkena mare bila bos nak aku sediakan report on the spot!!!haha..

Target Mesti Dilaksanakan
Ermm...apa yang aku ingin sampaikan??rrr..sebenarnya aku mengambil cuti lebih ini adalah ingin juga siapkan kerja yang aku kusut sangat.Aku rasa jika kerja ini dah settle insyallah kepala otak aku ini best sangat..lehla bernyawa sikit...ini tidak sampai aku termimpi2 pasal kerja..haha.makan pun xlalu?yeke?haha...

Kerja2 aku perlu disiapkan...
1. Ada 3 Sebutharga perlu siapkan dan jual pada next week.(Target la..huhu).If lewat menjadi masalah kepada aku..sure bos akan cari aku..then yang paling teruk pengarah dari Jabatan pelanggan akan desak dan marah aku suruh siap cepat2...
2. Prepare Dokument Contract for Non-Comprehensive Maintenance...
3. Memastikan segala duit peruntukan di bawah kendalian aku sempurna dibelanjakan..taux ini adalah KPI aku..kalau aku xbelanja dan biar duit yang diberi xguna..maka terukla prestasi aku..huhu.

Ermm aku ada masa 2hari jer lagi nak buat segala yang dirancang..harap2 dapat siap..sedikit pun xpela...hehe.Lagipun aku still berbangga kerana dapat siapkan database ini..Ermm database ini adalah planning aku tahun 2010.Fuh siap awal ini....giler kentang!!!1hahah

~HaMzY~

SAlaM LeBaraN....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
ermm cepatnya masa berlalu...terus terang aku rasa Ramadhan kali memang pantas berlalu.Ntahla apa amal ibadat aku lakukan dalam bulan ini...Semoga aku ditemukan semula Bulan Ramadhan akan datang..Amin.....

Keampunan Dan Kemaafan Dipinta

Di sini,aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya kepada sesiapa mengenali aku..salah dan silap diharap dimaafkan..sesunguhan aku ini insan yg lemah dan sering membuat kesilapan.Di hari yang mulia ku pohon keampunan + kemaafan kepada korang semua.

Hari Lebaran
Seperti tahun2 lepas,kami sekeluarga menyambut Hari Raya Pertama di Kepala Batas,umah opah aku di Pongsu Seribu.Kali semua saudara mara dapat berkumpul bersama.Memang meriah!!!Tapi tidak semeriah time aku kecik2 dulu...yela sekarang ini nama jer dok kampun..tapi cahaya pelita minyak tanah haram xnampak..ada pun sedikit sangat just untuk bebudak main mercun dan bunga api.
Aku dan family aku bermalam 1 hari sebelum raya di rumah opah...
Memang secara tradisi kampung ini akan bergotong royong memasak nasi daging dan diagihkan setiap penduduk kampung..memang aktiviti ini lama giler...seingat aku!!!Sebelum tibanya hari raya..AJK Kariah Masjid akan pergi setiap rumah untuk mendapatkan beras(kiranya derma la..ikut kemampuan) dan akan diberi satu kupon untuk mendapatkan nasi daging nanti.
Memanh aktiviti ini angat baik..tapi terasa juga aku...semasa aku pergi mengambil nasi dengan Pak Ndak aku..aku dapati tiada lagi belia-belia yang mengikuti aktiviti ini.Ke mana belia kampung ini?hehe.kalu nak harap aku harapan la....yela aku bukan kenal orang sangat balik kampung sekali sekala ja..Berdetik dalam diri aku berdoa aktiviti murni seperti ini akan dijalankan seperti tradisi.Bukannya apa...nasi daging ini akan diagihkan kepada penduduk yang berpendapatan rendah...anak2 ramai..dan kurang berkemampuan merasai kenikmatan menjelang hari raya.


~hAmZy~


Saturday, September 12, 2009

ZaKat PeNdaPataN JanGan LuPa!!

Semalam aku xmasuk ofis dkt caw.Sg.Pinang..tapi aku masuk ofis dkt caw.Bukit Tengah..Aku tiba dekat sana lebih kurang pkl7.15 tapi langsung xnampak kelibat orang..hehe.Sebenarnya aku datang Bukit Tengah bukan nak mengulat tapi ada kerja yang perlu settle di sini iaitu membuat pemeriksaan akhir sebelum aku dan En.Jamil keluarkan anggaran kos pembaikian dan menaiktaraf sistem Pencegahan Kebakaran di Makmal Kualiti Makanan di Butterworth.Aku dah janji nak siapkan sebutharga dan datang ke makmal ini pada minggu ini.

So aku tunggula En.Jamil dan En.Loga(Driver Unit Senggara).Sebenarnya aku dan En.Jamil planning nk datang terus di CKM Bukit tengah..tapi akan kan daya isteri En.Jamil xcuti hari ini.So aku yang pergi terus CKM Bukit Tengah..sampai sana maybe diorg cakap aku ni ambik kesempatan nak balik awal...So please la...semalam aku balik pkl530 tau even aku leh balik pkl430..jgn cakap aku mengulat dahla..lempang kang!!!!!

Tepat pkl8.00 so ramaila masuk ofis..then aku diberitahu hari jumaat ini ada seorg ustaz dari PUZ(Pusat Urusan Zakat) akan bagi taskiroh di sini pkl8.30.ermm aku pon serba salah coz takut en.jamil datang satgi terbantut program kami ..Uish..satgi kalo aku xpergi diorg cakap aku ini xsuka budaya ilmu plak.sbb sume staf di sini digalakan/diwajibkan hadir sesi taskiroh ini.Ermm aku mmg tertarik dengan budaya ilmu macam ini...tahniah aku ucapkan kepada staff CKM Bukit Tengah kerana berjaya menjadikan perkara ini sebagai amalan atau budaya di jabatan ini..Bukan senang untuk menganjurkan hal keagamaan seperti ini dengan kehadiran penuh serta komitmen daripada pelbagai staff di sini.

Lagipun sepanjang aku berkhidmat di sini,ini first time aku hadir...sebagai seorang P&P aku patut join program ini untuk menggalakan penganjuran ini mendapat sokongan.Inyallah sekiranya aku ada kelapangan aku akan hadir pada program seperti ini...Terus terang aku sebenarnya telah lama tidak menghadiri majlis usrah macam ini...dkt UTM..ermmm malas giler....sejak kluar dari Matjiwa segala majlis keilmuan dan keagamaan seperti telah jarang aku hadiri.Mungkinkah aku sekarang telah mengejar duniawi?Uhhh..tapi aku nak hightligt dkt sini..aku belum tersesat lagi tau..tapi seperti biasa..aku hanyalah insan biasa..mudah terlupa..lalai...hehehe.

Berbalik kepada taskiroh itu,aku hanya tertarik kepada isu zakat pendapatan...
Rupanya gaji yang aku terima ini tidak 'dibersihkan' lagi mengikut Islam....
debgan erti kata lain kita yang berkerja ini perlu dikenakan zakat pendapatan....jenis zakat pendapatan ini amatla jarang dibuat kerana kita sering berpendapat bahawa gaji yang kita perolehi xmencukupi menggangung hutang kereta,hutang PTPTN,hutang rumah,harga barang semakin mahal dan bla2..bla2..tapi aku nak tanya gaji sampai berapa korang leh cakap korang leh cukup???berapa banyak yang cukup?Sebenarnya isu gaji xcukup ini adalah hati kita tamak dan tidak zuhud ke jalan Allah...erti kata lain..kita merasakan gaji xcukup disebabkan rezeki yang kita terima ini tidak dapat keberkatan Allah.Sekiranya kita mendapat keberkatan Allah kita akan senang dan perjalanan hidup ni kelihatan mudah.

erk2..memang terasa sgt dengan kata2 ustaz tersebut..dan membuatkan aku rasa hiba..barula aku dapat hidayah..hehe.yela..korang pernah tengok orang yg selalu keluar zakat jadi papa kedana..miskin...?pastu penah tengok org jutawan yang sering menolong org susah dia jd susah sama...aku tengok bertambah kaya adalah...hehe.Contohnya:
1.Dekat kampung aku ini..adala pak haji ni..selalu sumbangkan seekor lembu untuk korban...sedekah dekat masjid..aku tengok rezeki dia mencurah2 ja..pergi haji di mekah tiap2 tahun plak...xpon miskin..hehe.
2.Ahli koprat seperti Syed al-Bukhari jutawan bumiputera malaysia..buat masjid mahal2..buat institut pendidikan..bantu penjaja dengan buka kompleks baru untuk berniaga...beri sumbangan separuh gajinya kepada org susah...tgk xmiskin2 pon...siap betambah kaya lagi daripada no.10 terkaya di malaysia mendapat no.7 plak tahun nih...

So.harapan aku kita sedia maklum bahawa zakat pendapatan amat dituntut dan WAJIB dikeluarkan.kalo xtau or nak info layari lah http://www.e-zakat.com.my.Semoga kita mendapat keberkatan Allah dalam mencari rezeki.Amin..........

~HaMzY~

Friday, September 11, 2009

kU TidaK SangKa!!!!

Fuyoo...biar btui aku blog hit sampai 11899 hit?xsalah aku 3hari lepas baru 468 je hit...satu peningkatan...semoga korg leh komen n share dengan aku..thanks alot...

~hAMZy~

Thursday, September 10, 2009

FuH..Gila IT!!!!

Semalam aku geram gila!!!selepas setup new pc bg menggantikan pc yg baru guna xsampai 6bulan.wahahaha.ada satu major problem aku leh solve..xleh nak bt connection dkt server mekanikal group.adus suma data aku dlm server tu.terbantut gila!!!!!sebenarnya sudah berkali2 aku try..dh bermacam kaedah dh buat cuma lum tumbuk pc nih jer lagi..huhuhu

Yg susah skit sbb pc ni guna window vista bussiness...dah aku xbapa reti sgt dgn window jenis nih..aku heran apa..lempar pc ni melalui window baru hg tau....so terpaksala aku call sahabat ku Puan Suraya...dail 105..tut..tut...lambat gile angkat..sure kedarah roti nih..wahaha.then aku tanya 'wei puan suraya...mcm u setup connection to mekanikal group?dah byk kali ni sy bt xdapat2...geram nih....' .."ermmm...pegawai ict pun xtau?haha."balas dia dgn sinis..ermm bykla pegawai ict...aku xmau langsung jawatan nih...cukupla aduan pasal keja aku dah..ni blk ofis dpt aduan lagi...ahh...malas...'owh u leh buat?ajar saya...ok?'.Dengan pantas aku pg ke bilik dia...tengok2 dia buat mcm aku bt jer..ceh sure ada xkena dkt pc aku...geram ahh...!!!

sebelum aku blk ofis,ak pgla ke unit pentadbiran..borak2 kosong tanya skit maklumat utk updates...sampai ja ofis..fon aku bunyi..ermmm my boss call.'hamzi,petang hg pg jumpa DO SPU dkt umah dia dkt bertam goff club.Need direction please refer to hasmidar xpon call Hj Shahawai(Pengarah JKR).Dengan beraninya aku call Pengarah..'Ermm..Tuan Hj ,saya hamzi daripada JKR mekanikal...bla..bla...bla...'

So apa lagi...petang tu aku terpaksa pergi umahPegawai daerah tuh..janji pkl3.30 tapi pkl4.15 baru datang.geram aku nk jer aku lempang....hehe.nasib baik aku dibantu dengan juruteknik aku..Puan Fara yang sedang pregnant anak kedua nih...xla aku bosan tunggu diorg nih...so kami tinjau umah banglow nih..fuh..besar...menarik....pastu baru datang seorg kontraktor...dia cakap dia bt umah nih..tapi yg aku bengang dia dok asyik salahkan jkr..ckp spec jkr x okla...geram siot...dhla kitorg bagi projek tuh dkt hg...satgi aku report dkt pengarah aku...kena blacklist kot..hahah.

So Pengawai Daerah berpangkat Dato'...dah datang..tgk muda juga..dan paling best dia sporting dan mampu mendengar penjelasan aku n cadangan aku tentang pemasangan a/cond.so petang tuh aku balik agak lewat pkl530.Dan paling cian juruteknik aku yg disayangi....Puan Farah..sure menyesal ikut aku..wahahahwahah

~HaMzY~

Monday, September 7, 2009

BeBan KerJa MeLamPau!!!!

Pagi ini aku bangun awal..lepas sahur xtido2..bajet nk siapkan keja ofis yang semakin menghimpit keseronokan aku berkerja.Semalam sempat juga aku,meneliti dan mengedit sebutharga 'Contract of Service' yang aku akan laksanakan hujung bulan ni.adus bertambah pening aku nk prepare.Tapi syukur aku dah siapkan skit dan ada part2 yang aku tidak faham yang perlu dijelaskan.Geram juga aku nih...selama ini department aku ini xpernah buat benda alah nih..tup2 bila aku sampai kena buat...hampagas betui..xpela ambik cabaran...tapi banyak juga kerja perlu settle.

Kerja paling urged adalah sebutharga Sistem Pencegahan Kebakaran...dekat Makmal Kualiti Makanan.Kerja ini aku order TA aku settle.tapi macam delay je.dia pun busy sebab technian aku yang sorang ini ala mabuk mengandung..so dia terpaksa backup kerja technian ini a.k.a Fara.hehe.ermm cian juga tengok masuk hospital...tambah air..last week dia dtg ofis aku..aku gelakkan dia sbb asyik mc jer...dia jawab'En.Hamzi gelak xpa..nanti jadi dkt bini sendiri baru tau'.hahah.tapi yang paling cian aku juga...terpaksala mengoptimumkan kerja dekat TA aku sorang ini.Tapi minggu ini aku harap leh siap sebutharga ini...

Last week Pn.Firdaus (dari makmal Kualiti Makanan) call aku tanya pasal sebutharga ini...adus mampusla...macam2 aku cari alasan...kerja gov ini kena pandai bagi alasan...yela nak delay skit..hihi.aku dah janji minggu ni siapla sebutharga dia nih..takut juga nanti Pengarah dia call memang kantoi aku...xtau nk kilas mana.Sebenarnya,aku busy..byk sebutharga aku kena siapkan.last week je aku dah siapkan 2 sebutharga.nasib baik aku tergerak hati nak siapkan.kalo x..malu juga..sebabnya...Last week aku ada meeting dengan TYT a.k.a Yang Dipertua Pulau Pinang..meeting ini aku sangat malas nak pergi...antaranya sebabnya...sistem a/c di Rumah Seri Mutiara xok...Tun ni kalo silap skit jer siapla kena tembak...pastu hari tu juga meeting bab penyelnggaraan di rumah dia.huhu..memang sial....

Pagi tuh aku mengadap bos aku dan sediakan maklumat apa yang patut dekat bos aku tuh..pagi tu juga aku dapat call daripada PA TYT tanya apa betui aku yang hadir dalam meeting tuh?aku cakap yela...nanti hantar bos,dia xtau jawab kot coz aku lebih tau kerja2 di situ.yela meeting tuh kebanyakan pengarah every bahagian akan attend.mmg kecik aku dibandingkan dengan depa ni..Pagi tuh juga aku kena sound dgn bos maklumat bg xcukup...macam nih ek report hg nk bg dkt pengarah.uishh menyirap tulang usus aku (usus ada tulang ker?) bila bos sound selamba mcm tuh..dia pon tau CKM ni ssh nk buat database...saja nk cari salah aku..Mesyuarat pkl1130 aku ada masa lebih kurang 1jam untuk prepare.Dengan hati yang panas,aku masuk bilik dan buat report tuh..fuh aku check dekat database yang aku buat dulu ada data yang aku nak..selamat gilo!!!

Kring2!kring!!!Telefon aku nih berbunyi..ishhh kalo sehari hg xkaco aku dan berbunyi xsah noh...comfirm ada aduan....so diorg report dkt aku ada kerosakan bla...bla..bla...aku ambik note jer.Then aku lepas aku ambik note tuh..aku call teleponist bgtau...'Puan Mathia,saya xnak ada panggilan masuk dekat bilik saya,apapun kalo ada report or org nak cakap sila ambik report then bgtau saya akan hubungi semula'maaf hari ni saya ada misi penting'.So aku siapkan report aku..sebenarnya bos naik hangin dkt aku tuh sebab dia takut kena sound dgn TYT tuh..yela bilik tido pakcik tu ac rosak..ak geram gila dgn sistem a/c VRV nih...dah la PCB BOARD mahal tahap cipan...nak jer aku sumpah keturunan cicak yang bg litar pintas dlm PCB BOARD tuh...tolongla wahai cicak..kalo kemaruk sangat korg nak main.mainla tempat lain.A/C aku juga korg dok..tup2 mati keras kena current...xpasal2 duit RM13K melayang then paling susah aku la...bodo btui cicak nih...

Oops berbalik dengan kes sebutharga tuh..tengah sedap dok buat.tup2 dapat sms dr member sek aku..'Bro jadix join aku pergi MatJiwa?'.aduh..seganla nk jumpa cikgu2 nih..xpela jumpala lagipon dengan ajaran diorg la aku sampai tahap nih.ak balas sms 'Ok bro..aku ikut...kita ajak Boyot sekali..'.tepat pkl 1030A.M,Komet ini sampai umah aku dengan moto superbike Kawasaki.dressing macam BIKERS..macam awie tuh gitu2..ok kita pg serang umah Boyot dekat Taman Ria...tup pagi2 aku n komet mekak paling dia xbagun2..call tuh aku xtau byk mana..haram tido mati..kalo kiamat tuh harap mati dalam keimanan..hehe.Komet ini membe lama aku...sekarang ni Dokter dkt hospital Sultanah Bahiyah ,alor Star.Dulu study dekat Moscow,Rusia.

Setibanya aku sampai MatJiwa,kami terus pergi Bilik Guru..pergh...kena sound abis...awatla hg xmai..umah dekat...bla2..bla...nasib baikla cikgu ada yg still ingat aku..huhu.pastu aku jumpa ramai cikgu..borak2 kosong sampai diaorg halau balik..yela cikgu kan sekerat hari jer...lgpun bln posa ni diorg blk nk masak..apapun aku n komet hepi gile.soalan yg xleh blah yg cikgu aku tnya..'hamzi,awat hg besaq sgt!!!!'aduh..ni la antara sebab aku xmau pg sekolah..yela dulu bdn aku smart n kurus..hehe..

ahhh...aku nak sambung buat keja nih..mengantuk plak..huhu.sorila kalo xfhm apa yg aku taip.aku belasah ja..malas nk check ejaan.sume nih coretan hati aku...hhehehe.

~HaMzY~